Midea Jalin Kerjasama dengan 99 Speed Mart Memperluas Akses Pengguna di Seluruh Malaysia kepada Peralatan Rumah Berkualiti
Midea, peneraju peralatan rumah pintar global, hari ini telah memperkukuhkan kehadiran runcitnya menerusi kerjasama strategik bersama 99 Speed Mart Sdn Bhd (“99 Speed Mart”). Kerjasama ini meluaskan akses pengguna kepada rangkaian peralatan rumah terkini Midea dengan lebih mudah di seluruh negara. Kerjasama tersebut dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara Midea dan 99 Speed Mart, sekaligus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan jangka panjang Midea di Malaysia. Mewakili Midea di majlis pemeteraian tersebut ialah Pengarah Urusan Midea Malaysia, Mark Tam, dengan Presiden Rantau Asia Pasifik (APAC) Midea Group, Zeal Jiang sebagai saksi. Bagi pihak 99 Speed Mart Holdings Berhad pula, syarikat diwakili Ketua Pegawai Operasi, Yong Eng Kwang, dengan Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Thiam Wah sebagai saksi. Kerjasama ini menyusuli usaha Midea memperluas rangkaian runcitnya menerusi pembukaan 18 kedai jenama Midea di seluruh n...