BABY SHIMA TAMPIL DENGAN SINGLE SULUNG DIALEK KELANTAN, BEY KELIK LAA BEY
BEY KELIK LAA BEY Penyanyi popular, Baby Shima , sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul BEY KELIK LAA BEY . Menariknya, lagu ini merupakan kali pertama Baby Shima merakamkan lagu sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Untuk mendapatkan sebutan dialek Kelantan yang tepat, Baby Shima mengakui mengambil masa kira-kira seminggu lebih untuk berlatih. Beliau turut berkongsi pengalaman lucu semasa sesi rakaman single tersebut. "Kadang-kadang bila menyanyi, terkeluar juga loghat Semenanjung, jadi rasa tak sedaplah. Semasa sesi rakaman pun, ada masa saya tersasul, terutama bila lapar. Tapi bila makan budu, terus elok balik dialek Kelantan saya itu,” katanya, berseloroh. Bercerita mengenai kerjasama dengan komposer Eddie Hamid, Baby Shima menyifatkannya sebagai pengalaman yang berbeza daripada kebiasaan. Beliau memuji Eddie Hamid sebagai seorang yang sangat relaks, cool , tidak garang, dan baik hati. "Dalam studio...