Samsung Galaxy A33 5G Memang Superb!
Reka bentuk dan kualiti binaan Galaxy A33 5G ni memang WOW! Warna pic yang seakan – akan seperti warna pink (merah jambu) menawan hati ku walaupun banyak masa dihabiskan dalam rumah je gara – gara PKP dan PDPR. Badan telefon Galaxy A33 5G ni menggunakan bingkai plastik serta kemasan bingkai matte turut digunakan. Malah, prestasi Galaxy A33 5G ni pula dilengkapi dengan cipset Exynos 1280 dan 8GB RAM. Galaxy A33 5G menggunakan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi 2400×1080 piksel, tetapi hanya sehingga 90Hz kadar penyegaran. Takuk Infinity-U digunakan sebagai kamera hadapan di bahagian atas skrin Galaxy A33 5G ini. Oh ya, tiada ‘screen protector’ disediakan oleh pihak kilang tau. Dulu butang ‘On & Off’ telefon ku mesti hampir-hampir nak rosak, mana taknya.. Bila nak ‘On & Off’ telefon mesti kena tekan butang tu satu je.. Tapi sekarang.. Butang ‘On & Off’ telefon ku takkan rosak lagi dah sebab Galaxy A33 5G ni nak ‘On & Off’ dia mudah je! Hanya ketik 2 kali di ...