AMIR JAHARI RANGKUL ANUGERAH JUARA LAGU 38!
Tahniah buat Amir Jahari dengan lagu berjudul Hasrat dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 38 Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun. AJL ialah acara tahunan gilang - gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat - bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’. Tahun ini, AJL 38 mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE ...