PUBLIC BANK AKAN AMBIL ALIH KEPENTINGAN MENGAWAL DALAM LPI DAN KELUARGA TEH MEMPERHALUSI KEDUDUKAN EKUITI MEREKA DALAM PUBLIC BANK BERHAD
Public Bank Berhad (“ Public Bank ”) menandatangani perjanjian jual beli bersyarat ( “Perjanjian Jual Beli” ) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow ( “Estet” ) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd ( “ConTeh” ) pada 10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 175,896,000 dalam LPI Capital Bhd ( “LPI” ), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion ( “Cadangan Pengambilalihan” ). LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai 21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu. Semasa bercakap pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani Perjanjian Jual Beli itu, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pub...