ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS [MALAM GRADUASI]
Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi Ada Apa Dengan Melly (Back To School) penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw kembali ke Malaysia – Ada Apa Dengan Melly & Friends. Kembalinya Melly bersama Anto Hoed pada 1 Jun 2024 ini kelak akan dimeriahkan dengan rakan seperjuangan. Lantaran itu konsert kedua yang dijangka akan mencipta sejarah tersendiri digelar Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi). Projek Mega Konsert ini dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024. Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School). Sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi). “Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To S...