Posts

BLUNTSHEEP LANCAR MINI ALBUM DI PUNCAK DUNIA!

Image
Kumpulan muzik tempatan BluntSheep naungan Padu  Records dengan bangganya melancarkan sebuah mini album istimewa berjudul “Di Puncak  Dunia”.  Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk lagu utama bertemakan patriotik, “Di  Puncak Dunia”, yang membawa mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat  nama Malaysia Di Puncak Dunia. Lebih membanggakan, pelancaran mini album ini turut mendapat sokongan penuh daripada  Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sebuah inisiatif di bawah dasar Kerajaan   Madani yang berperanan merancakkan bakat tempatan serta memperkukuh industri kreatif  tanah air.  Sokongan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan karya seni tempatan terus  berkembang maju, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Album Di Puncak Dunia lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air.  BluntSheep ingin menyampaikan mesej bahawa walaupun berbeza, rakyat Malaysia t...

LAMAN DAYUNG KAFE KINI ADA HI-TEA, BEST!

Image
Lokasi di Kuang, Sungai Buloh dimana ianya salah satu kawasan yang tenang dan nyaman.  Kafe ini diusaha bersama dengan Dato' Khatijah Ibrahim dan Puan Norsyar. Tanah seluas 2 ekar telah dibeli sejak 1990 dimana dulunya adalah dusun dengan buah-buahan seperti durian dan rambutan. Tahun 2010, dibina rumah menginap dan sekarang menjadi 'homestay' dan juga lokasi penggambaran drama. Ada cerita disebalik nama kafe ini. Nama 'Dayung' ini sendiri diambil daripada album almarhum Dr. Wan Zawawi Ibrahim iaitu suami kepada pemilik bersama yang dilancarkan pada tahun 1996. Untuk Laman Dayung ini, mencerminkan falsafah hidup yang santai dan menghargai alam semula jadi. Dimana kehidupan seharusnya dinikmati dengan perlahan sambil menikmati keindahan persekitaran. Terutama alam semula jadi yang tenang dan nyaman.  Operasi kafe dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 10:30 pagi hingga 11: 00 malam. Dalam satu masa boleh memuatkan dalam 80-100 pax Ramai yang tahu yang Dato...

CREATE, WORK, AND CONNECT WITH THE ALL-NEW HUAWEI MATEPAD 11.5 PAPERMATTE EDITION 2025

Image
The HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 is officially available in Malaysia, arriving in time to celebrate the spirit of National Day. Designed for students, new professionals, and creatives alike, the tablet combines its innovative PaperMatte Display, powerful performance, and seamless ecosystem features to support Malaysians in learning, working, and creating together. From taking notes in lectures to designing illustrations or joining video meetings, it keeps users productive, inspired, and connected in every moment. The HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 features a stunning 11.5-inch 2.5K HUAWEI FullView PaperMatte Display, offering an expansive 86% screen-to-body ratio and an ultra-smooth 120Hz refresh rate. With 600 nits peak brightness and nano-etched anti-glare technology, reflections are reduced by up to 60%, so users can stay focused whether reviewing assignments in a sunlit café, sketching outdoors, or reading e-books by a window. TÜV Rheinland Low Blue Ligh...

ANNA JOBLING TERCALON DI SEOUL INTERNATIONAL DRAMA AWARDS 2025!

Image
Seoul International Drama Awards (SDA) SDA merupakan salah satu anugerah drama antarabangsa paling berprestij yang menghimpunkan bakat-bakat dari seluruh Asia. Tahun ini, Anna bakal bersaing dengan bintang-bintang ternama dari Jepun, China, Thailand, Filipina dan negara Asia lain. Sistem pemilihan pemenang ditentukan melalui proses undian secara global yang dipilih berdasarkan undian peminat dari seluruh dunia melalui aplikasi IDOL CHAMP, menjadikan setiap pencalonan sangat kompetitif. Tahun lalu, pencalonan Malaysia turut membuahkan kejayaan apabila Siti Saleha merangkul kategori yang sama, menandakan prestasi Malaysia semakin diiktiraf di peringkat serantau. Anna Jobling kini merupakan antara pelakon muda paling berpengaruh di Malaysia. Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Festival Malaysia (DFM) dan tersenarai dalam pelbagai produksi drama popular TV3. Dengan pencalonan di SDA 2025, karier Anna melonjak ke peringkat serantau, sekali gus mengukuh...

LAST CHANCE TO PRE-ORDER THE HUAWEI MATEPAD 11.5 PAPERMATTE EDITION 2025

Image
Time is running out to secure your unit of the all-new HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 , as pre-orders close on 26 August. Whether you’re preparing an assignment between classes, sketching concepts for a client pitch, or catching up on your favourite series on the commute home, this versatile tablet is designed to keep up with every part of your day. Priced at RM1,599, you can place your order for the HUAWEI MatePad 11.5 PaperMatte Edition 2025 at any HUAWEI Experience Stores, the HUAWEI Official Website , HUAWEI Official Store on Shopee, HUAWEI Flagship Store on Lazada , and the HUAWEI Official TikTok Shop . Pre-orders come with exclusive gifts worth up to RM698, including the HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) and PC-Level WPS Office, making it the perfect time to level up your productivity setup. The device features a stunning 11.5-inch 2.5K HUAWEI FullView PaperMatte Display with an expansive 86% screen-to-body ratio, ultra-smooth 120 Hz refresh rate, and 600 nits peak brigh...

‘KE-MEOW-RIAHAN’ CAT FASHION WEEK SEHINGGA 3.2 JUTA PENONTON TERPESONA!

Image
Si bulus jadi bintang runway! Malam kemuncak Cat Fashion Week pada Ahad lalu melabuhkan tirai dengan gemilang apabila berjaya memikat hati penonton menerusi pentas yang meraikan kreativiti dan keserasian setiap pemilik dan ‘meow-jikannya.’ Juara malam tersebut, Nor Anis Halyatie bersama Evian, telah dinobatkan sebagai ‘super meow-del,’ sekali gus membawa pulang wang sejumlah RM5,000 berserta trofi. Tidak ketinggalan, Siti Rohani bersama Goyem memenangi anugerah daripada penaja Purina iaitu Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat.   Acara kemuncak ini mencatat 3.2 juta capaian penonton di TV3, lantas membuktikan bahawa kandungan kucing dengan ‘cattitude’ memang menjadi pilihan rakyat Malaysia (sumber: Nielsen). Populariti program ini turut memuncak di media sosial dengan capaian 515 juta daripada hantaran seperti Siri Kucing AI, video peserta dan foto profil yang dimuat naik dari sesi pra-penjurian hingga selepas malam kemuncak, menunjukkan sambutan memberangsangkan dari...

SORAKAN DAN TANGISAN WARNAI MALAM EPISOD AKHIR HILANG DALAM RINDU

Image
Sorakan gemuruh peminat menghangatkan malam episod akhir Hilang Dalam Rindu, yang bertambah meriah dengan kehadiran lima bintang kesayangan penonton, Jazmy Juma (Eijaz), Tracie Sinidol (Aira), Zariff Ghazzi (Sarip), Qistina Rania (Hannah), Sera Melissa (Nurul), Nina Smith (Teha) dan Aizat Saha (Muhsin), seolah-olah menghidupkan semula watak mereka di hadapan mata penonton. Malam episod akhir ini bukan sekadar penutup tirai drama, tetapi sebuah detik istimewa yang menyatukan penonton bersama barisan pelakon utama yang telah menemani mereka sepanjang lima minggu bersiaran. Setiap babak terakhir dihayati bersama, menjadikan malam ini penuh makna serta meninggalkan kenangan terindah yang akan terus segar dalam ingatan para penonton. Dalam kemeriahan itu, penantian penonton akhirnya terbayar apabila kisah cinta Eijaz dan Aira tiba ke noktah yang penuh indah. Segala salah faham terlerai jua, menghadirkan Eijaz sebagai seorang suami matang yang teguh menjaga Aira serta kandungannya. Aira pula...