Coca-Cola & Muslim Aid Malaysia Berkerjasama Dalam Ramadan Ini

Salam Sejahtera Coca-Cola & Muslim Aid Malaysia berkerjasama dalam program kebajikan untuk Ramadan kali ini . Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid Malaysia) meneruskan program kebajikannya, Fast2Feed Ramadan ini, dengan membekalkan makanan berkhasiat dan minuman penghilang dahaga serta kegembiraan kepada 4,000 orang dari komuniti yang memerlukan, melalui sokongan berterusan dari Coca-Cola Malaysia. Merupakan antara kegiatan utama Muslim Aid Malaysia yang bergantung kepada sumbangan dermawan dan syarikat korporat, program ini akan menyaksikan anak yatim, kanak-kanak dari keluarga kurang bernasib baik, penghuni rumah jagaan warga tua, Orang Asli dan golongan pelarian menerima makanan untuk berbuka, bekalan makanan, duit Raya dan pakaian baharu supaya mereka juga dapat menikmati kegembiraan sempena bulan mulia ini dan Hari Raya yang bakal tiba. Untuk itu, sepanjang Ramadan ini, pasukan Muslim Aid Malaysia akan berziarah ke seluruh Semenanjung Malaysia bagi ...