PROJECTOR BAND Showcase

Sempena dengan Konsert PROJECTOR BAND, Quill City Mall KL bersama dengan rakan kongsi yang lain berasa cukup bangga untuk mengumumkan pelancaran jualan tiket bagi Konsert mereka yang telah dijual mulai hari ini. Pada majlis pelancaran tersebut, PROJECTOR BAND telah membuat penampilan khas dan mempersembahkan beberapa buah lagu termasuk "Meskipun Kau Tahu", "Percaya Hati" dan single pertama mereka "Sudah Ku Tahu" yang dapat menghiburkan orang ramai.Ia diikuti dengan sesi beramah mesra bersama para peminat PROJECTOR BAND.Para peminat yang membeli tiket pada majlis pelancaran ini juga telah mendapat album pertama mereka yang di tandatangani oleh ahli kumpulan PROJECTOR BAND sendiri secara peribadi. Sedikit cerita tentang kumpulan PROJECTOR BAND: PROJECTOR BAND yang lebih dikenali dengan genre “band rock” ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor dan dianggotai oleh 5 orang anak muda yang terdiri daripada Iskand...