LULU Hypermarket Outlet Kedua Kini Di 1 Shamelin Mall, Cheras
      Pada 1hb Julai 2019 Isnin lepas, berlakunya majlis perasmian outlet kedua Lulu Hypermarket. Hypermarket baru yang juga ke-174, Lulu secara global terletak di 1 Shamelin Mall di daerah Cheras Kuala Lumpur. Hypermarket yang luasnya 80,000 kaki persegi telah direka bentuk menggunakan konsep ruang runcit terkini dan teknologi paling moden untuk kemudahan membeli-belah dan akan melayani penduduk Cheras dan kawasan sekitarnya untuk keperluan membeli-belah harian mereka.                         Majlis dirasmikan oleh  YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ,  Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia  dengan kehadiran Duta Besar dari pelbagai negara, ahli perniagaan tempatan terkemuka dan tokoh-tokoh lain.      Bersempena dengan pembukaan cawangan terbaru Lulu di Cheras ini, satu jualan murah telah berlangsung selama 4 hari iaitu bermula daripada  1  Julai sehingga  4  Julai. Terdapat banyak harga barangan yang dijual cu...