Mattel X BTS IDOL Dolls dan UNO™ BTS Kini Boleh Didapati di Malaysia!
Hi semua! Kini, Mattel telah pun melancarkan koleksi anak patung BTS IDOL Dolls dan UNO™ BTS secara rasmi di seluruh dunia samada di dalam talian dan mahupun dijual di peruncit utama di seluruh negara. Selepas pengumuman pra-jualan dibuat oleh Mattel Global Rabu lepas. Ahli BTS ARMY bergembira dengan sangat teruja kerana mereka boleh membeli keseluruhan koleksi BTSxMattel Fesyen Dolls. Dimana setiap anak patung berpakaian kelihatan terinspirasi oleh kumpulan K-POP BTS band yang memakainya ketika muzik video 'IDOL'. Diselaraskan dengan tarikh pra-jualan global, di Malaysia, Toys "R" Us Malaysia telah membuka pra-penjualan di laman web mereka. BTS IDOL Doll Asst dan edisi khas kad UNO ™ BTS boleh dipesan terlebih dahulu pada harga RM 104.90 bagi setiap anak patung dan RM 25.90 untuk UNO ™ BTS masing-masing. Peruncit lain juga turut memulakan jualan untuk anak patung dan UNO ™ pada 15 Ogos dan seterusnya termasuk Hamleys, Isetan, SOGO, Rob...