Hannah Delisha Dilantik Sebagai Duta Jenama Baharu vida C
Sebagai pengeluar minuman terkemuka dan inovatif di pasaran, DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd mengambil langkah yang memberi kelebihan kepada mereka memandangkan terdapatnya minat yang mendalam oleh orang ramai terhadap kesihatan imun, dengan memperkenal minuman baharu vida Vitamin C yang mengandungi 1000mg vitamin C Dan yang bakal memenuhi peningkatan permintaan di kalangan pengguna berikutan pandemik ini. vida Vitamin C serba baharu ini adalah peluasan kepada jenama minuman sparkling vida yang diformulasikan menggunakan R&D dan kepakaran negara Jepun yang maju. Dengan kandungan 1000mg Vitamin C dalam setiap tin, vida Vitamin C adalah minuman Vitamin C sparkling sedia untuk diminum pertama di Malaysia. Selain mendapat pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), minuman sparkling vida Vitamin C juga mendapat penganugerahan Healthier Choice Malaysia and Singapore kerana kandungan gula yang rendah dan untuk mengandungi dos Vitamin C harian yang disyorkan. Sistem imun tubuh sang...