Buffet Ramadhan 2020 di Sime Darby Convention Centre

Selamat Sejahtera, Ramadan bakal tiba tidak lama lagi, kurang dari 2 bulan saja. Pastinya tercari-cari dimanakah lokasi untuk berbuka puasa yang menarik? Banyak restoran atau cafe di hotel membuat promosi sempena Berbuka Puasa 2020. Kali ini berkongsi tentang Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Center. Antara lokasi yang menjadi pilihan buat family saya. Setiap tahun pastinya berbuka di sini sambil menikmati hidangan lebih dari 100 yang bakal membuat perut kenyang selepas seharian berpuasa. Tahun ini, tema berbuka puasa adalah Truly Asia Malaysian Ramadhan Buffet Dinner . Bakal bermula daripada 24 April hingga 21 Mei 2020 dari 7.00 malam hingga 10.30 malam Restoran Halia Jika ingin berbuka puasa dengan lauk pauk ala kampung mahupun lauk tradisi Malaysia, ini diantara pilihan restoran yang ada. Hidangan yang ada membuatkan kenyang perut dan menjadi tarikan . Antara hidangan yang ada seperti Kari Kepala Ikan Salmon, Sotong Berlado Petai, Ika...