TRANSFORMASI DATO' SRI ALHA ALFA & SINGLE 'CINTA AGUNG' FEAT. ZARA ZYA
Selain giat menjalankan pelbagai aktiviti bersempena Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) sebagai penaja utama, ‘Title Sponsor’ bagi konsert Mahalini pada Februari tahun hadapan, ‘Year End Sale’, keluaran terbaharu Alha Alfa Cosmetics, figura bidang kecantikan terkemuka negara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ Sri Alha Alfa sangat teruja untuk membuat beberapa pengumuman istimewa buat semua. Gradient Lips Edition Produk Alha Alfa kini berada di awan biru melalui kolaborasi sulungnya bersama syarikat penerbangan Air Asia Shop melalui produk terbaharu iaitu Lip Matte Gradient Lips Edition. Malaysia Book of Records (MBR) ‘Jenama’ Alha Alfa Cosmetics turut melakar sejarah dengan mencatat rekod memasuki MBR sebagai Highest Latitude Cosmetic Demonstration (Demonstrasi Kosmetik Latitud Tertinggi), serta pemegang rekod bagi kategori ‘individu’, Yang Berbahagia Dato' Sri Alha Alfa sendiri untuk gelaran yang sama, Highest Latitude Cosmetic Demonstration. Perfume Alha Alfa (AA) X Umie Aida Alha...