KLINIK DIDIK BANGKITKAN SEMANGAT PELAJAR PKSK & SPM!
Lebih 200 calon Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah menyertai Klinik Didik anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) yang diadakan di tiga lokasi iaitu pada 2 September (Universiti Putra Malaysia, Serdang), 9 September (New Straits Times (M) Berhad, Bangsar) dan 16 September (Auditorium Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang). Sambutan terus menerus yang diterima daripada calon, ibu bapa serta sekolah, membuatkan Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) nekad meneruskan Klinik Didik untuk menyuntik semangat dan memberi galakan kepada calon-calon yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Klinik Didik SPM yang kedua bakal diadakan pada 28 Oktober 2023 bertempat di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar . Menerusi Klinik Didik ini, para pelajar berpeluang untuk mendengar dan berinteraksi dengan guru-guru berpengalaman yang luas dalam bidang mata pelajaran wajib lulus seperti Bahasa Malaysia, Matematik, Sains da...