Posts

Showing posts from January, 2024

LOVECHESTRA MAHALINI ISTIMEWA DAN LUAR BIASA?

Image
Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, atau lebih mesra dengan panggilan Mahalini iaitu sosok penyanyi jelita asal Bali, Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sial’, bertandang ke Malaysia  Bagi mempromosikan konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada tanggal 3 Februari 2024, bermula jam 8:00 malam di Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza. Bintang undangan khas, Rizky Febian, dibawakan istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music. "Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik. “Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi." Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pemilihan Mahalini dibuat berdasarkan penc...

HAEL HUSAINI HASILKAN ALBUM STUDIO ‘ANTONIM (PART I)’

Image
Berkecimpung dalam dunia seni sepanjang 17 tahun, bermacam suka dan duka telah ditempuhinya untuk sampai ke peringkat ini, namun buat penyanyi-penulis lagu terkenal tanah air, Hael Husaini, segalanya dicatatkan dalam sebuah naskah paling istimewa dalam hidupnya, album studio yang dinanti-nantikan oleh semua, ‘ANTONIM (PART I)’ yang memuatkan 6 buah karya hasil nukilan barisan komposer ternama seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Hael sendiri sudah pun berada di pasaran sejak 5 Januari lalu. #1 iTunes (Malaysia & Brunei) & #2 Apple Music Malaysia Pada hari pertama album ANTONIM (PART I) diluncurkan sahaja, album tersebut terus mendapat sambutan yang cukup hebat sehingga menduduki posisi nombor 1 di carta iTunes Malaysia dan juga Brunei berdasarkan jualan digital, manakala di Apple Music Malaysia pula, ia berada di kedudukan nombor 2 berdasarkan jumlah penstriman oleh pendengar. “Saya sangat teruja kerana tidak pernah merasai pengalaman sebegini, s...