4 Penyanyi Legenda hanya di Majlis Makan Malam Legends oleh Persatuan Karyawan Malaysia

Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan . Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya. Berikut adalah butiran bagi perkara yang bakal dilaksanaan :- Tarikh: Ahad 2 Jun 2024 Masa: 8.00-11.00 Malam Tempat: Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur 54000 Persembahan berformat revival ini akan akan menampilkan persembahan empat bintang legenda yang telah membina industri seni tanahair selama ini. 4 Artis Legenda tanah air yang bakal tampil pada program makan malam tersebut ialah DATUK KHATIJAH IBRAHIM, DATUK RAMLI SARIP, DATUK AWIE (WINGS) dan RAHIMAH RAHIM. Bakal diiringi oleh pemuzik berbakat dari ASWARA dibawah kelolaan Profesor Ramlan Imam. Dengan demikian kami amat berharap untuk mendapat soko...