FIESTA BELIA MERDEKA 2024 BERSAMA HARI ROCK NEGARA MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME
Fiesta Belia Merdeka 2024 akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care, dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP). Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda. Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut. Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah: ● Fitness Dance Marathon: Tarian kecergasan yang menggabungkan elemen seni dan kesihatan. ● Karnival Kerjaya oleh PERKESO: Peluang bagi belia untuk menjelajah pelbagai peluang kerjaya dan latihan. ● Bike Show - Belia Permotoran: Pameran kenderaan bermotor yang m...