SALIRAN GROUP BERHAD LANCAR PROSPEKTUS IPO KE PASARAN ACE
Saliran Group Berhad  ("Saliran" atau "Syarikat"), pembekal dan pengedar paip, kelengkapan dan bebibir yang mapan serta alat ganti dan aksesori yang berkaitan, dan produk keluli, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran prospektusnya untuk Tawaran Awam Permulaan ("IPO") bersempena penyenaraian ke Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad  ( “ Bursa Securities”).   Pencapaian ini mencerminkan komitmen Kumpulan untuk mengembangkan jejaknya dan merebut peluang pertumbuhan dalam sektor perindustrian dan minyak dan gas ("O&G") di seluruh Asia Tenggara.       IPO itu menyasarkan untuk mengumpul RM21.71 juta  melalui terbitan 80.4 juta Saham Terbitan pada harga runcit RM0.27  sesaham.  Hasil daripada IPO akan diperuntukkan seperti berikut: RM1.20 juta  untuk penubuhan pejabat jualan di Indonesia RM1.44 juta  untuk pembelian jentera dan trak penghantaran. RM7.00 juta  untuk pembayaran balik pinjaman bank. RM8.37 juta  untuk modal kerja am. RM3.70...