Posts

Showing posts from June, 2025

GENIUS INNOVATION IN THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” DELIVERS A FLAGSHIP PC-LEVEL EXPERIENCE THAT REDEFINES POWER AND MOBILITY

Image
HUAWEI is excited to announce the upcoming launch of the HUAWEI MatePad Pro 12.2”, the 3-in-1 PC-Level tablet that redefines mobility and power. Arriving in Malaysia this June, this flagship tablet is engineered to bring a new level of productivity and creativity on the go, combining cutting-edge hardware with next-generation display technology, allowing business professionals or content creators to be at their best even on the go. The HUAWEI MatePad Pro 12.2” features the world-first Tandem OLED PaperMatte Display that delivers stunning visuals with ultra-high 2000 nits brightness, professional-grade colour accuracy, and an expansive 92% screen-to-body ratio. Certified by SGS and TÜV Rheinland for eye comfort, it promises reduced visual fatigue for prolonged use, ideal for professionals, and creators alike. At the heart of Huawei’s latest 3-in-1 tablet PC is a reimagined keyboard that brings both function and finesse to the forefront. Designed for users who demand seamless productivit...

TEALIVE LANCAR SACHET 3-DALAM-1 UNTUK 'KENIKMATAN BILA-BILA MASA'

Image
Tealive, jenama teh gaya hidup terkemuka di Asia Tenggara, kini  secara rasmi melangkah ke pasaran barangan pengguna bergerak pantas (FMCG) dengan  pelancaran rangkaian minuman sachet 3-dalam-1 pertamanya. Menerusi varian teh susu, kopi  dan coklat, sachet ini menawarkan rasa lazat setaraf kafe yang boleh dinikmati pada bila-bila  masa dan di mana jua. Majlis pelancaran telah diadakan hari ini di IOI City Mall bersempena  dengan pelancaran menu baharu Tealive. Bekas Menteri dan “podcaster” terkenal, Khairy Jamaluddin yang juga penyokong kuat inovasi  dan keusahawanan tempatan, telah merasmikan pelancaran ini.  “Perjalanan Tealive daripada  kiosk ke rumah pengguna bukan sekadar evolusi perniagaan, tetapi perubahan budaya.  Ini adalah detik kebanggaan bagi inovasi Malaysia. Kita bukan sahaja mengeksport  produk, tetapi juga gaya hidup dan identiti kita,”   kata  Khairy. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, Bryan Loo, menyif...

PTTI BERI TAJAAN RM100,000 KEPADA AHLI PARLIMEN MUAR, YB SYED SADDIQ UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK KURANG BERKEMAMPUAN

Image
Dalam satu inisiatif murni yang memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan negara, Pusat Tuisyen PTTI menyerahkan sumbangan tajaan sebanyak RM100,000 kepada Parlimen Muar, Johor yang diterima oleh Ahli Parlimennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Tajaan ini akan digunakan khusus untuk membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Muar dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menerusi tajaan itu, pelajar-pelajar terpilih akan menerima bantuan pendidikan termasuk akses kepada kelas tuisyen dalam talian kendalian PTTI serta kemudahan pembelajaran lain. Syed Saddiq menyifatkan tajaan itu sebagai satu bentuk pelaburan besar dalam masa depan anak-anak Malaysia, khususnya daripada golongan keluarga berpendapatan rendah. "Saya kena ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Farhana dan pasukan PTTI atas sumbangan yang sangat besar. Pendidikan memang merupakan keutamaan anak-anak kita dan bukan semua ada kesempatan atau kemampuan untuk menda...

YAYASAN NURJIWA BERI INSENTIF RM500 KEPADA PELAJAR CEMERLANG SPM

Image
Buat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.  Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, dengan jumlah keseluruhan RM200,500. Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata, inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.  Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang. “Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa untuk menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang dengan Keputusan semua A.  “Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang berusaha untuk mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antaraba...

PTTI CIPTA DUA REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS UNTUK SPM 2024

Image
Pusat tuisyen terkemuka, PTTI terus mencipta sejarah dalam dunia pendidikan apabila berjaya meraih dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian luar biasa dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024. Dua anugerah yang diterima adalah 'Most Straight A’s SPM Students in a Tuition' dan 'Most SPM Grade A’s Obtained by a Tuition'. Pengiktirafan ini diberikan selepas PTTI berjaya melahirkan seramai 401 pelajar 'Straight A’s' dan mencatatkan 18,432 Gred A terkumpul bagi peperiksaan SPM 2024. Kejayaan ini diraikan padw Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  Majlis ini dihadiri lebih 2,000 tetamu, termasuk  pelajar, ibu bapa serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air. Antara personaliti tersohor yang hadir termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Dato’ K), Datuk Wira Dr. Azizan Osman, Asyraf Khalid, MK K-Cliq...