LAMAN DAYUNG KAFE KINI ADA HI-TEA, BEST!
Lokasi di Kuang, Sungai Buloh dimana ianya salah satu kawasan yang tenang dan nyaman.  Kafe ini diusaha bersama dengan Dato' Khatijah Ibrahim dan Puan Norsyar. Tanah seluas 2 ekar telah dibeli sejak 1990 dimana dulunya adalah dusun dengan buah-buahan seperti durian dan rambutan. Tahun 2010, dibina rumah menginap dan sekarang menjadi 'homestay' dan juga lokasi penggambaran drama. Ada cerita disebalik nama kafe ini. Nama 'Dayung' ini sendiri diambil daripada album almarhum Dr. Wan Zawawi Ibrahim iaitu suami kepada pemilik bersama yang dilancarkan pada tahun 1996. Untuk Laman Dayung ini, mencerminkan falsafah hidup yang santai dan menghargai alam semula jadi. Dimana kehidupan seharusnya dinikmati dengan perlahan sambil menikmati keindahan persekitaran. Terutama alam semula jadi yang tenang dan nyaman.  Operasi kafe dibuka setiap hari kecuali hari Rabu dari jam 10:30 pagi hingga 11: 00 malam. Dalam satu masa boleh memuatkan dalam 80-100 pax Ramai yang tahu yang Dato...