BLUNTSHEEP LANCAR MINI ALBUM DI PUNCAK DUNIA!

Kumpulan muzik tempatan BluntSheep naungan Padu Records dengan bangganya melancarkan sebuah mini album istimewa berjudul “Di Puncak Dunia”. Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk lagu utama bertemakan patriotik, “Di Puncak Dunia”, yang membawa mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat nama Malaysia Di Puncak Dunia. Lebih membanggakan, pelancaran mini album ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sebuah inisiatif di bawah dasar Kerajaan Madani yang berperanan merancakkan bakat tempatan serta memperkukuh industri kreatif tanah air. Sokongan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan karya seni tempatan terus berkembang maju, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Album Di Puncak Dunia lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. BluntSheep ingin menyampaikan mesej bahawa walaupun berbeza, rakyat Malaysia t...