Posts

Showing posts from February, 2026

CILI KAMPUNG & DOTTY’S PASTRIES CIPTA KEKUATAN DOMINAN!

Image
Satu majlis menandatangani perjanjian bernilai RM24juta telah diadakan di antara Cili Kampung Malaysia, peneraju terkemuka dalam masakan Melayu autentik bersama jenama artisanal terkenal, Dotty’s Pastries & Coffee. Menandatangani bagi pihak Cili Kampung Malaysia adalah Pengarahnya, Encik Khairul Anwar Dato’ Sri Abdul Azeez, manakala menandatangani bagi pihak Dotty’s adalah Pengasasnya, iaitu Puan Nadia Nasimuddin, yang diiringi oleh Encik Kesavan (KC) Purusotman, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Cili Kampung Malaysia dan Cik Kaylee Low, Pengurus Kanan Komersial dan Pembangunan Perniagaan Dotty’s Pastries & Coffee. “Pengambilalihan kami terhadap 50% kepentingan dalam Dotty’s adalah langkah yang disengajakan untuk menginstitusikan sebuah jenama yang telah mendefinisikan pengalaman makan sepanjang hari selama sedekad. Dengan penilaian sebanyak RM 24 Juta, kami menunjukkan keyakinan kami terhadap legasi Dotty’s. Dengan menggabungkan DNA operasi kami dengan kecemerlangan seni Dotty, ka...

GIANT BUKIT TINGGI KLANG ANJUR MAJLIS LOU SANG 2026

Image
Giant Bukit Tinggi, Klang Anjur Majlis Lou Sang Sempena Perpaduan, Kemakmuran dan Kerjasama. Giant Bukit Tinggi, Klang di bawah pengurusan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd telah berjaya menganjurkan Majlis Lou Sang yang penuh bermakna sempena sambutan Tahun Baharu Cina, menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pemimpin komuniti, wakil kerajaan, rakan perniagaan, penyewa, media serta pihak berkepentingan dalam suasana penuh kemakmuran, keharmonian dan semangat kerjasama. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Andy Chen , Pegawai ADUN Pandamaran, Yang Berbahagia Cheah Yong Hock , Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, barisan pengurusan kanan GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, wakil media arus perdana, pempengaruh digital (KOL), rakan perniagaan, penyewa serta pasukan pengurusan Giant Bukit Tinggi, Klang. Lebih daripada sekadar meraikan tradisi, Majlis Gaul Yee Sang ini mencerminkan komitmen berterusan Giant Bukit Tinggi, Klang dalam memperkukuh hubungan bersama kom...

Giant Bandar Kinrara Anjur Majlis Gaul Yee Sang, Simbol Perpaduan & Kemakmuran Tahun Baharu Cina

Image
  Giant Bandar Kinrara, di bawah pengurusan  GCH Retail Malaysia Sdn Bhd , telah berjaya menganjurkan Majlis Gaul Yee Sang yang penuh bermakna sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Acara ini menghimpunkan pemimpin komuniti, wakil kerajaan, rakan niaga, penyewa, media serta para pemegang taruh bagi meraikan semangat perpaduan, kemakmuran dan kerjasama berterusan. dari kiri : Penasihat Dasar Policy Advisor: Afiq Aziz, Ahli Majlis Zon 9: Pang Hon Yuen. 彭汉源, Ahli Majlis Zon 18 : MEHANATAN A/L EMBAMURTHI , Ahli majlis Zon 16: Lee Jen Uyin. 李燕韵, Head of Leasing & Business Development, Rebecca Phan , Ahli Majlis Zon 10 : Ng Seow chen. 黄小真, Pusat Khidmat Masyarakat Kinrara Pegawai Khas: Rachel Lee Pooi won. 事务官: 李佩云, Andre Lim, Head of Marketing, GCH Retail Malaysia Sdn Bhd dan Ivan Yap, Head of Project, GCH Retail Malaysia Sdn Bhd Majlis ini diserikan dengan kehadiran  Ng Sze Han , ADUN Bandar Kinrara, bersama Pegawai Khas Puan Rachel Lee, Ahli-Ahli Majlis Puan Jen Lee, Puan N...