Inisiatif Seni Nando Kembali Dengan Pertandingan Seni 2018

Inisiatif Seni Nando, yang dikenali tahun ini sebagai YOUthReka, kini kembali dengan Pertandingan Seni 2018 tahunan. Selama 11 tahun, inisiatif ini telah menjadi platform khusus untuk belia kreatif dari semua lapisan masyarakat untuk berkumpul dan mempamerkan bakat serta imaginasi mereka yang luar biasa di samping bertindak sebagai saluran untuk mendedahkan kerja mereka kepada orang ramai. “Selama lebih satu dekad sekarang, kami telah memfokus kepada menyediakan ruang bagi artis-artis muda ini untuk berkongsi kreativiti mereka dengan orang awam dan menjadikan seni lebih mudah diakses oleh orang ramai. Setelah sekian lama dan sebenarnya sehingga hari ini, masih terdapa persepsi bahawa seni hanya boleh diaksses oleh sekumpulan orang yang sangat nic, ttapi perkara ini tidak benar, kerana seni boleh dicipta dan dinikmati oleh sesiapa sahaja”, kata Mac Chung Lynn, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nando’s Malaysia. Pada tahun ini, pertandingan itu menerima sebanyak 468 penyertaa...