PIZZA HUT Sambut Semangat Kemerdekaan Bersama Bunkface
Bukan itu sahaja, malah Pizza Hut telah meraikan 60 penggemar pizza bertuah di majlis ‘Pan-triotic’ yang diadakan secara besar-besaran!
Berlangsung di Pusat Beli-belah Sunway Velocity, penggemar pizza bertuah itu disajikan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan band tempatan yang telah meraih pelbagai anugerah.

Selain mempersembahkan beberapa lagu popular, Bunkface turut menghiburkan tetamu dengan lagu terbaru mereka berjudul “Kita Punya Malaysia” bagi memeriahkan lagi suasana dan berkongsi minat terhadap muzik serta rasa cinta pada Malaysia.
“Kita Punya Malaysia” yang direka khas sebagai lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini juga telah dinyanyikan oleh Bunkface pada sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 31 Ogos lalu.
Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekutif QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata:
“Satu perkara yang boleh dipersetujui oleh setiap rakyat Malaysia adalah rasa cinta mereka terhadap Malaysia. Dan cara yang paling baik bagi penggemar pizza untuk meraikan kedua-dua rasa cinta mereka terhadap negara dan pizza secara sekaligus adalah melalui parti ‘Pan-triotic’ pizza yang dimeriahkan lagi dengan kunjungan istimewa oleh Bunkface – artis tempatan di sebalik lagu tema Hari Kemerdekaan tahun ini.”
Bunkface merupakan pilihan yang tepat, lebih-lebih lagi dengan lagu baru mereka. Lagu tersebut bukan sahaja penuh dengan semangat, terdapat juga mesej positif yang disampaikan kepada generasi baru sekaligus menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia. Di Pizza Hut, kami percaya dengan setiap semangat yang ditonjolkan – dari semangat syarikat kami untuk menyajikan anda pizza yang terbaik, semangat rakyat terhadap negara dan semangat Bunkface terhadap muzik mereka, walau di mana punca semangat tersebut ia wajar diketengahkan dan diraikan oleh semua”.
Raikannya pada sepanjang bulan September!
Bagi mereka yang tidak berpeluang menyertai parti pizza itu, usah khuatir kerana Pizza Hut telah merancang bulan yang menarik bagi anda.
Bermula 7 September sehingga 7 Oktober nanti, Pizza Hut akan memberikan pizza percuma* kepada setiap pelanggan yang makan di restoran atau melalui servis penghantaran. Ini kerana sejajar dengan sambutan yang diadakan, Pizza Hut ingin membawakan keriangan menerusi pizza yang enak sepanjang bulan patriotik ini.
Tidak lupa kepada peminat Bunkface (atau Bunkers) Pizza Hut akan membawakan band kegemaran anda buat kali kedua untuk satu lagi sesi penuh semangat pada bulan Oktober, kali ini dengan sesi istimewa bertemu peminat buat 30 peminat bertuah dan rakan mereka!
Jadi tunggu apa lagi, ekspresikan semangat patriotisme anda dengan:
- menangkap gambar atau berswafoto dengan Pizza Pan
- hiaskan dengan perekat, contengan atau filter
- sertakan hashtag #PizzaHutPANtriotic.
Bagi maklumat lanjut mengenai pizza terbaru serta promosi pizza*, sila layari https://www.pizzahut.com.my/en/newpanpizza
Untuk mengetahui mengenai peluang bertemu Bunkface pada bulan Oktober, ikuti laman Facebook Pizza Hut Malaysia: https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia
*Promosi Beli 1, percuma 1 promo bermula 7 September sehingga 7 October