'ALAH BISA' Satukan Faizal Tahir & Amira Othman

Penyanyi serta penggubah lagu multi-disiplin tersohor negara, aktivis kemanusiaan, Faizal Tahir , dengan penyanyi, pelakon dan pengacara berimej ‘polos’, Amira Othman , ditemukan dalam sebuah single istimewa berentak pop rakyat ala Melayu yang diberi judul ‘ Alah Bisa ’ hasil kerjasama kreatif di antara label rakaman butik, Faithful Music , bersama-sama label hiburan terkemuka tanah air, Rocketfuel Entertainment . “Pada mulanya saya agak terkejut juga apabila diberitahu oleh pihak Rocketfuel tentang kolaborasi ini bersama abang Faizal Tahir kerana sebuah nama besar dalam industri muzik kita sudi mempelawa saya untuk bekerjasama secara duet dalam sebuah lagu. “Alhamdulillah, saya anggap ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka, siapa yang tidak mahu berduet dengan beliau kerana abang Faizal Tahir merupakan salah satu pencetus inspirasi saya ketika berada di Akademi Fantasia pada tahun 2013,” jelas Amira dalam nada teruja. Single Alah Bisa merupakan sebuah karya hasil ciptaan secar...