Samsung Galaxy A33 5G Memang Superb!
Reka bentuk dan kualiti binaan Galaxy A33 5G ni memang WOW! Warna pic yang seakan – akan seperti warna pink (merah jambu) menawan hati ku walaupun banyak masa dihabiskan dalam rumah je gara – gara PKP dan PDPR.
Badan telefon Galaxy A33 5G ni menggunakan bingkai plastik serta kemasan bingkai matte turut digunakan. Malah, prestasi Galaxy A33 5G ni pula dilengkapi dengan cipset Exynos 1280 dan 8GB RAM.
Galaxy A33 5G menggunakan skrin Super AMOLED 6.4 inci dengan resolusi 2400×1080 piksel, tetapi hanya sehingga 90Hz kadar penyegaran. Takuk Infinity-U digunakan sebagai kamera hadapan di bahagian atas skrin Galaxy A33 5G ini.
Oh ya, tiada ‘screen protector’ disediakan oleh pihak kilang tau.
Dulu butang ‘On & Off’ telefon ku mesti hampir-hampir nak rosak, mana taknya.. Bila nak ‘On & Off’ telefon mesti kena tekan butang tu satu je.. Tapi sekarang..
Butang ‘On & Off’ telefon ku takkan rosak lagi dah sebab Galaxy A33 5G ni nak ‘On & Off’ dia mudah je! Hanya ketik 2 kali di paparan skrin, BOOM paparan skrin dah terbuka. Bila ketik lagi 2 kali di paparan skrin, BOOM paparan skrin pun tertutup!
Next, kamera Galaxy A33 5G ni mempunyai empat lensa kuad kamera disusun di bahagian belakang telefon. Tetapi, kebanyakan telefon pintar yang lain hanya mampu menggunakan 2 kamera sahaja.
Keistimewaan kamera Galaxy A33 5G ini ialah lensa kamera utamanya. Di mana kamera sudut utama dan ultralebar boleh mengambil gambar yang hebat walaupun pada hari yang sangat suram.
Yang paling menyeronokkan, Samsung menyediakan ciri kamera yang menawan hati pengguna seperti ‘filter dari Snapchat’, ‘Night Mode’ dan banyak lagi. Jadi lepas ni takde lah bosan dengan filter dekat Instagram je! Sebabnya diriku ini mana ada Snapchat.
Seterusnya, Galaxy A33 5G didatangkan dengan pengalaman UI Samsung One yang penuh. Dengan versi terkini One UI 4.1, anda benar-benar boleh menikmati segala-galanya macam ‘first class’ dari segi perisian dan ciri ekosistem.
Jangka hayat bateri adalah antara perkara yang pasti ditanya-tanya oleh pengguna telefon pintar, sekarang ni semuanya kan hanya di hujung jari!
Oleh itu, bateri 5,000mAh di dalam Galaxy A33 5G ini boleh bertahan kira-kira 11 jam dan mempunyai kadar penyegaran maksimum yang lebih rendah.
Walau bagaimanapun, Galaxy A33 5G ni dapat satu lagi peningkatan besar, ciri yang sangat dialu-alukan adalah penarafan rintangan air berkadar IP67. Maksudnya Galaxy A33 5G ni kalis air! Jadi, diriku ini tidak perlu risau lagi sekiranya air tumpah atau air hujan terkena pada telefon ku lagi!
Kesimpulanya, Galaxy A33 5G yang dijual dengan harga RM1,499.00 ni memang berbaloi untuk korang beli terutamanya buat peminat Samsung A Series yang memerlukan telefon pintar dengan harga yang mampu milik ni!