Samsung Galaxy Z Flip 4 Minimalis Tapi WOW!

Samsung membawa generasi keempat peranti perdana Galaxy yang boleh dilipat iaitu Galaxy Z Flip 4. Ini adalah kali pertama saya berpeluang menggunakan Samsung Galaxy Z Flip , dan nostalgia telefon flip pada zaman dulu – dulu dapat kita rasa semula. Siapa je yang tak teruja?? Padat dan anggun itulah yang terlintas di fikiran apabila mula-mula nampak telefon ni semasa ia dibuka atau dilipat. Galaxy Z Flip 4 dibina dengan sangat baik, lengkap dengan perlindungan Corning's Gorilla Glass Victus+ untuk paparan kaca, dan bingkai aluminium serba lengkap. Flip4 dinaik taraf dengan perlindungan air bertaraf IPX8 yang boleh bertahan sehingga 30 minit dalam air sedalam 1.5m. Samsung Galaxy Z Flip 4 ni menawarkan ketahanan dan kekuatan yang dipertingkatkan untuk membolehkan anda menggunakannya tanpa rasa bimbang untuk kegunaan harian. Kalau dulu telefon kita skrin memanjang seperti biasa je.. tetapi dengan adanya Galaxy Z Flip 4 ni, memang ubah hukum sebuah telefon pintar kerana sk...