Samsung Galaxy Z Flip 4 Minimalis Tapi WOW!
Samsung membawa generasi keempat peranti perdana Galaxy yang boleh dilipat iaitu Galaxy Z Flip 4. Ini adalah kali pertama saya berpeluang menggunakan Samsung Galaxy Z Flip, dan nostalgia telefon flip pada zaman dulu – dulu dapat kita rasa semula. Siapa je yang tak teruja??
Padat dan anggun itulah yang terlintas di fikiran apabila mula-mula nampak telefon ni semasa ia dibuka atau dilipat. Galaxy Z Flip 4 dibina dengan sangat baik, lengkap dengan perlindungan Corning's Gorilla Glass Victus+ untuk paparan kaca, dan bingkai aluminium serba lengkap. Flip4 dinaik taraf dengan perlindungan air bertaraf IPX8 yang boleh bertahan sehingga 30 minit dalam air sedalam 1.5m. Samsung Galaxy Z Flip 4 ni menawarkan ketahanan dan kekuatan yang dipertingkatkan untuk membolehkan anda menggunakannya tanpa rasa bimbang untuk kegunaan harian.
Kalau dulu telefon kita skrin memanjang seperti biasa je..
tetapi dengan adanya Galaxy Z Flip 4 ni, memang ubah hukum sebuah telefon
pintar kerana skrin utamanya membolehkan telefon itu dilipat menjadi lebih kecil,
comel serta mudah untuk disimpan dan dipegang.
Walaupun begitu, Galaxy Z Flip 4 ini memberikan pengalaman tontonan yang unggul dengan Dynamic AMOLED 2x, dan resolusi 1080p yang dilanjutkan. Ia menyokong kadar segar semula 120hz dinamik, HDR10+ dan sehingga 1,200 “screen brightness”.
Pembaca cap jari digabungkan dengan kekunci kuasa atau kunci di sebelah kanan telefon, yang merupakan sesuatu yang akan lebih disukai ramai berbanding pembaca cap jari di bawah paparan kerana anda boleh "slidekan" - meluncurkan jari anda untuk tekan butang pada paparan skrin di bawah itu.
Samsung Galaxy Z Flip 4 hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 3,700mAh berbanding 3,300mAh Samsung Galaxy Z Flip 3. Penggunaan harian pengguna lebih lama bertahan sepanjang hari sebelum mengecaskannya semula pada waktu petang atau malam nanti sebelum tidur.
Samsung menggunakan sepenuhnya kelebihan reka bentuknya, dan menyediakan fungsi kawalan yang berbeza dalam Samsung Galaxy Z Flip4 ni. Apabila ia dilipat, terdapat skrin Super AMOLED 1.9-inci yang menunjukkan pelbagai fungsi seperti jam, pemberitahuan dan widget; ia juga boleh digunakan sebagai pemidang tilik swafoto.
Salah satu sorotan yang diumumkan semasa pelancaran Unpacked global ialah mod Flex yang unik, yang membolehkan banyak kemungkinan penggunaan. Apabila sebahagiannya dilipat, ciri ini akan memisahkan antara muka apl dengan meletakkan bahagian tontonan di bahagian atas separuh dan bahagian bawah boleh digunakan untuk berinteraksi.
Satu lagi ciri kamera, dipanggil FlexCam, menawarkan
pelbagai fungsi apabila diaktifkan. Apa fungsi dia?
Ia berfungsi sebagai peranti bebas tangan dengan meletakkannya di atas permukaan, seperti mengambil swafoto dengan mudah, membuat panggilan video, mengambil gambar atau rakaman video tanpa memerlukan tripod. Malah kita juga boleh memegang telefon seperti camcorder untuk merakam video, dan bahagian bawah skrin berfungsi seperti pad sentuh.
Kamera utama pada Samsung Galaxy Z Flip 4 juga telah dinaik taraf daripada Samsung Galaxy Z Flip 3, dan Samsung menunjukkan keistimewaan telefon Samsung yang terbaru kerana fungsinya. Samsung Galaxy Z Flip 4 ini boleh mengambil gambar yang lebih tajam dan video yang lebih jelas, dengan sensor yang lebih besar, kanta yang berbeza, dan chipset terkini yang menggerakkan pemprosesan imej.
Telefon dengan manusia ni mana boleh dipisahkan seperti air
yang dicincang takkan putus. Pergi mana-mana mesti kita nak guna telefon, kalau
takde dekat tangan tu rasa tak ngam sebab whatsapp, Intagram and tengok drama semua dekat situ especially
bila nak bergambar OOTD or Syurga Makanan.
So, kalau tengah cari telefon baru yang berbeza lain daripada yang lain and meng-WOW-kan, boleh lah beli Samsung Galaxy Z Flip 4 ni. Confirm tergamam and jatuh hati dekat telefon yang ‘INCREDIBLE’ ni.
Sebab Samsung Galaxy Z Flip 4 ni dibungkus dalam saiz yang
boleh dikocek dengan mudah dan mungkin merupakan telefon yang lebih lengkap. So selama
empat generasi ni, Samsung memberikan komitmen selama empat tahun untuk peningkatan
perisian, menjadikan telefon ini pilihan yang jelas untuk korang ada!