8,000 Penonton Meraikan Konsert Anuar Zain 40th Anniversary

Meskipun mengakui kesihatannya tidak mengizinkan membuktikan komitmennya untuk menghiburkan 8,000 penonton yang hadir konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu yang lepas. Walaupun hilang suara dan harus menggunakan mesin 'nebulizer' sebagai selingan pada setiap persembahan, Anuar tetap memberikan persembahan luar biasa buat peminat yang hadir untuk konsert yang berlangsung selama tiga jam di Stadium Malawati, Shah Alam. Anuar Zain menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peminat sebagai tanda apresiasi kepada mereka dengan seikhlas hati walaupun berdepan dengan kehilangan suara selama seminggu sebelum persembahan berlangsung. Segmen tribut turut diselitkan dalam persembahan malam tadi. Datuk Sheila Majid 'turun padang' dan memberi 'standing ovation' selepas beliau menyanyikan 'Di Dalam Emosi Ini' dengan penuh penghayatan. Setiap kali vokalnya berjaya mencapai nada tinggi, tepukan dan sorakan gemuruh penonton bergema memenuhi ruang stadium itu. P...