8,000 Penonton Meraikan Konsert Anuar Zain 40th Anniversary

Meskipun mengakui kesihatannya tidak mengizinkan membuktikan komitmennya untuk menghiburkan 8,000 penonton yang hadir konsert Anuar Zain 40th Anniversary pada Sabtu yang lepas.

Walaupun hilang suara dan harus menggunakan mesin 'nebulizer' sebagai selingan pada setiap persembahan, Anuar tetap memberikan persembahan luar biasa buat peminat yang hadir untuk konsert yang berlangsung selama tiga jam di Stadium Malawati, Shah Alam.

Anuar Zain menzahirkan ucapan terima kasih kepada para peminat sebagai tanda apresiasi kepada mereka dengan seikhlas hati walaupun berdepan dengan kehilangan suara selama seminggu sebelum persembahan berlangsung.

Segmen tribut turut diselitkan dalam persembahan malam tadi. Datuk Sheila Majid 'turun padang' dan memberi 'standing ovation' selepas beliau menyanyikan 'Di Dalam Emosi Ini' dengan penuh penghayatan.

Setiap kali vokalnya berjaya mencapai nada tinggi, tepukan dan sorakan gemuruh penonton bergema memenuhi ruang stadium itu.

Perasaan kagum dan teruja terpancar pada wajah beliau apabila peminatnya menyuntik semangat dengan menyanyi bersama-samanya sepanjang konsert itu.

"Apa yang berlaku tidak diminta dan dirancang, namun demi peminat-peminat setianya yang datang ke konsertnya, saya harus lakukan yang terbaik,"  kata Anuar Zain

“Saya harap dengan kehadiran saya dalam industri ini dapat mewarnai industri muzik dan membahagiakan peminat,” ujarnya.

Perjalanan selama empat dekad merentas industri muzik tempatan, lebih kurang 20 buah lagu telah dinyanyikan antaranya Sedetik Lebih, Ketulusan Cinta, Ajari Aku, Bila Resah, Perpisahan dan Mungkin.

Konsert Anuar Zain 40th Anniversary yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam turut dihadiri Ziana Zain, Dina Nadzir, Syamel, Ernie Zakri, Misha Omar, Datuk Acis, Datuk Syafinaz Selamat dan Elvira. 

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!