LOTUS'S #KitakanJiran KONGSI CERIA BERSAMA ALPAKA DENGAN KANAK - KANAK LUAR BIASA
Pada bulan Mei ini, Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia)  secara rasminya menyambut Ulang Tahun yang ke-2. Lotus's Malaysia juga memberikan pelanggannya peluang  mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka, syarikat  peruncit tersebut telah memperkenalkan Romeo, Mocha & Friends di 32 cawangannya di seluruh negara  dari 18 Mei hingga 7 Julai 2024, bersama-sama dengan pelbagai promosi dan ganjaran untuk pelanggan-  pelanggannya. Alpaka-alpaka yang comel dari Zahara Garden telah disambut oleh 20 kanak-kanak yang luar biasa dan  keluarga mereka dari Tender Touch Pediatric Rehab (Tender Touch) dan Gabungan Anak-Anak Palsi  Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia) di Lotus’s Setia Alam untuk sesi berkelah dalaman (indoor picnic)  dan juga terapi alpaka. “Kami amat mengagumi usaha yang dilakukan oleh pihak Tender Touch dan GAPS demi kesejahteraan  kanak-kanak yang berkeperluan khas. ...