LOTUS'S #KitakanJiran KONGSI CERIA BERSAMA ALPAKA DENGAN KANAK - KANAK LUAR BIASA
Pada bulan Mei ini, Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) secara rasminya menyambut Ulang Tahun yang ke-2.
Lotus's Malaysia juga memberikan pelanggannya peluang mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan mereka, syarikat peruncit tersebut telah memperkenalkan Romeo, Mocha & Friends di 32 cawangannya di seluruh negara dari 18 Mei hingga 7 Julai 2024, bersama-sama dengan pelbagai promosi dan ganjaran untuk pelanggan- pelanggannya.
Alpaka-alpaka yang comel dari Zahara Garden telah disambut oleh 20 kanak-kanak yang luar biasa dan keluarga mereka dari Tender Touch Pediatric Rehab (Tender Touch) dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia) di Lotus’s Setia Alam untuk sesi berkelah dalaman (indoor picnic) dan juga terapi alpaka.
“Kami amat mengagumi usaha yang dilakukan oleh pihak Tender Touch dan GAPS demi kesejahteraan kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Mereka adalah individu yang amat hebat sekali, dan inilah sebabnya di bawah program #KitakanJiran kami, kami telah menganjurkan sesi berkelah dalaman ini untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak yang luar biasa ini dan ibu bapa mereka untuk bersantai dan juga mengeratkan hubungan melalui interaksi merea bersama Romeo dan Mocha.
Haiwan-haiwan telah dibukti berkesan terhadap aktiviti bantuan untuk kanak-kanak dan dewasa untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan, jadi harapan kami adalah untuk memanfaatkan masa orang ramai semasa bersama dengan alpaka-alpaka di cawangan kami,” kata Hanim Hamdan, Ketua Komunikasi dan Kelestarian, Lotus’s Malaysia.
Bagi pelanggan dan peminat alpaka-alpaka, mereka boleh menyertai sesi Meet and Greet bersama Romeo, Mocha & Friends dan membawa pulang foto berbingkai comel dengan perbelanjaan minimum RM20 di cawangan yang terpilih dari 18 Mei hingga 7 Julai 2024.
Kempen Kongsi Ceria syarikat peruncit tersebut akan termasuk tawaran ulang tahun istimewa RM2, promosi berkembar beli 1 percuma 1 untuk lebih 125 jenis barangan, diskaun 80% untuk pembelian item kedua dalam kategori rangkaian kecantikan dan penjagaan diri dan pada setiap hari Rabu Happy Hour delights dari 2 petang hingga 4 petang bagi makanan laut, makanan segar, minuman, barangan alat tulis dan barangan rumah.
Ahli My Lotus’s yang aktif akan berpeluang untuk menyertai giveaway secara mingguan dengan hadiah yang berjumlah RM280,000 dalam e-baucar Lotus’s. DJ Falyq Hikyle dari Sinar FM juga akan membuat penampilan istimewa dari jam 11 pagi hingga 1 tengah hari di Lotus's Ampang (1 Jun 2024) untuk sesi Meet and Greet dan juga sesi giveaway bagi memberikan barangan eksklusif Sinar FM dan baucar Lotus’s berjumlah sehingga RM3,000.
Pada tahun 2023, melalui kempen Kongsi Ceria yang pertama Lotus’s Malaysia, syarikat peruncit tersebut telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM430,000 dengan sokongan daripada pelanggan dan juga rakan kongsinya untuk membantu organisasi yang mengkhusus terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta keperluan pemakanan. Antara benefisiari yang menerima dana tersebut adalah Tender Touch, GAPS Malaysia, Pusat Perubatan Unit Kanser Kanak-Kanak Universiti Malaya dan Nourish Malaysia.
Inisiatif tersebut telah berjaya membiayai sesi terapi percuma, makanan dan bekalan sekolah untuk kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan dan kerja-kerja menaik taraf peralatan perubatan dan pemulihan.
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kempen ulang tahun kedua Lotus’s - Kongsi Ceria, sila layari laman korporat peruncit tersebut di: