Posts

Showing posts from December, 2025

KAKA AZRAFF MPT, LAIN DARI YANG LAIN

Image
KAKA AZRAFF MPT Setelah 16 tahun berada dalam industri, Kaka Azraff akhirnya mengakhiri penantian peminat dengan membawa buah tangan berbentuk album sulungnya MPT, yang diambil dari perkataan e MP a T I, kemampuan untuk memahami perasaan atau pengalaman orang lain, seolah-oleh kita berada di posisi mereka. Bertempat di Kafe Bijou, Ara Damansara, Kaka telah mengadakan sesi Showcase & Listening Party bersama peminat, pengamal media dan rakan- rakan industri untuk sama-sama meraikan album sulungnya. Kesemua lagu membawakan pengalaman hasil kolektif sepanjang tiga tahun Kaka memilih untuk tidak berada di bawah sorotan utama. Pelbagai pengalaman, perbualan dan perkongsian daripada orang sekeliling menjadi sumber idea utama dalam membentuk arah dan identiti album ini, sekali gus memberi ruang untuk beliau berkarya. Kesemua elemen tersebut akhirnya menjadi teras bagi bunyi MPT. Album ini menampilkan 6 buah lagu yang masing-masing membawa naratif tersendiri; Berubah, Cabar, Arguments , Bu...

BABY SHIMA TAMPIL DENGAN SINGLE SULUNG DIALEK KELANTAN, BEY KELIK LAA BEY

Image
BEY KELIK LAA BEY Penyanyi popular, Baby Shima , sekali lagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul BEY KELIK LAA BEY . Menariknya, lagu ini merupakan kali pertama Baby Shima merakamkan lagu sepenuhnya dalam dialek Kelantan. Untuk mendapatkan sebutan dialek Kelantan yang tepat, Baby Shima mengakui mengambil masa kira-kira seminggu lebih untuk berlatih. Beliau turut berkongsi pengalaman lucu semasa sesi rakaman single tersebut. "Kadang-kadang bila menyanyi, terkeluar juga loghat Semenanjung, jadi rasa tak sedaplah. Semasa sesi rakaman pun, ada masa saya tersasul, terutama bila lapar. Tapi bila makan budu, terus elok balik dialek Kelantan saya itu,” katanya, berseloroh.  Bercerita mengenai kerjasama dengan komposer Eddie Hamid, Baby Shima menyifatkannya sebagai pengalaman yang berbeza daripada kebiasaan. Beliau memuji Eddie Hamid sebagai seorang yang sangat relaks, cool , tidak garang, dan baik hati. "Dalam studio...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE LATEST ARRIVAL

Image
  A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. THE LATEST HUAWEI MATEPAD 12 X (2026) AND HUAWEI M-PENCIL PRO IN MALAYSIA HUAWEI is set to introduce a new chapter of intelligent creativity in Malaysia with the upcoming arrival of the HUAWEI MatePad 12 X (2026) and the next-generation HUAWEI M-Pencil Pro . Designed for users who rely on mobility without compromising capability, the new tablet and stylus promise a more natural, intuitive, and PC-level productivity experience, ideal for content creators, professionals, and students who need powerful tools that can keep up with their fast-paced, on-the-go lifestyles. The HUAWEI MatePad 12 X (2026) brings upgraded display technology, enhanced productivity features, and seamless multi-device interaction, while the HUAWEI M-Pencil Pro introduces advanced precision and smarter gestures to transform the way ideas are captured and expressed.     The HUAWEI M-Pencil Pro also...

APA KELAINAN FILEM RAYA CINA 2026 ‘IM NOT GANGSTER’

Image
FILEM RAYA CINA 2026 ‘IM NOT GANGSTER’ Geng Dissy kembali lagi! Selepas kejayaan filem sulung mereka, pasukan kreatif ini mengesahkan bakal memeriahkan Tahun Baru Cina (CNY) 2026 dengan karya terbaharu berjudul IM NOT GANGSTER. Filem ini dijadualkan menemui penonton pada hari pertama Tahun Baru Cina, iaitu 17 Februari 2026. Kali ini, Dissy tampil dengan skala yang lebih besar, bajet produksi yang lebih tinggi, serta jalan cerita yang lebih berani. Walaupun mengekalkan genre komedi satira yang menjadi identiti mereka, IM NOT GANGSTER turut menyelitkan mesej mendalam tentang realiti kehidupan dan perjuangan golongan bawahan Mark Lee Kembali Sebagai Pelakon & Pelabur Pelakon veteran tersohor, Mark Lee, sekali lagi memberikan sokongan penuh. Selepas kolaborasi berjaya dalam Close Ur Kopitiam, beliau bukan sahaja berlakon malah turut melabur dalam projek ini. Mark memuji kesungguhan pasukan Dissy yang berjaya membuktikan keupayaan mereka di layar perak,"  "Mereka bukan datang ...

BIG BAD WOLF KEMBALI KE KUALA LUMPUR DENGAN HARGA PALING RENDAH PERNAH DITAWARKAN

Image
HARRY POTTER SERENDAH RM19.99, BUKU DARI RM3: Big Bad Wolf hari ini secara rasminya membuka tirai dengan World’s Biggest Book Sale , menampilkan jutaan naskhah buku pada harga paling mudah dicapai setakat ini. Dengan harga buku bermula serendah RM3 dan judul ikonik seperti Harry Potter ditawarkan dari RM19.99, jualan kali ini mencipta penanda aras baharu dari segi skala, nilai dan kebolehcapaian. Dikenali dengan saiznya yang luar biasa serta harga yang berpatutan, Big Bad Wolf terus memastikan bahan bacaan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat — daripada buku kegemaran kanak-kanak dan fiksyen remaja, hinggalah ke bukan fiksyen, karya klasik dan judul antarabangsa terlaris. Usaha ini selari dengan misi berterusan Big Bad Wolf untuk memastikan buku kekal inklusif dan dekat di tangan pembaca. Dalam dunia yang semakin digital, perhatian global kini beralih kepada pengalaman analog yang menggalakkan fokus, imaginasi dan hubungan dunia sebenar. Perbincangan mengenai masa skrin kanak...