ADA APA DENGAN MELLY & FRIENDS [MALAM GRADUASI]
Setelah mencipta sejarah dan fenomena menerusi Ada Apa Dengan Melly (Back To School) penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw kembali ke Malaysia – Ada Apa Dengan Melly & Friends.
Projek Mega Konsert ini dibawakan oleh AKE Group yang merealisasikan sekali lagi projek mega konsert dari Iman Tang (Icon Entertainment) akan dilaksanakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun 2024.
Selaku ‘Pengetua’ Melly mahu memeriksa keadaan terkini ‘anak-anak didiknya’ yang pernah merayakan pesta lewat Ada Apa Dengan Melly (Back To School). Sekaligus meraikan mereka melalui sebuah acara yang lebih penuh magis dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Saya bahagia setelah melihat ‘anak-anak didik’ saya menyambut Ada Apa Dengan Melly (Back To School) dengan antusias yang luar biasa.
“Sejak itu, pihak saya bersama Iman Tang terus merencana sesuatu yang lebih besar selepas menerima banyak pertanyaan mengenai konsert seterusnya.
“Jadi lanjutan daripada siri Ada Apa Dengan Melly (Back To School), kini kami dengan bangga mengumumkan konsert yang bakal berlangsung pada 1 Jun 2024 ini akan lebih gah dan terus melakar sejarah, ujar Melly Goeslaw.
Saya ada 600 lebih lagu yang dicipta dan pada konsert yang lepas hanya menyanyikan 30 buah lagu jadi belum diputuskan lagi lagu apa yang akan disampaikan.
Namun siapakah yang bakal bersama di atas pentas itu nanti, Melly turut belum ada keputusan dan bakal menyerahkan kepada peminat untuk menyenaraikan siapakah artis untuk bersama Melly.
Tempoh masa setahun yang dilihat sedikit dekat untuk sebuah konsert daripada penyanyi yang sama dibimbangi akan kurang sambutan.
Namun Iman Tang percaya momentum Ada Apa Dengan Melly (Back To School) akan menjadi lebih kuat dengan Ada Apa Dengan Melly & Friends (Malam Graduasi).
“Untuk konsert kali ini pastinya sebuah konsep baharu dibawakan untuk peminat.
“Melly tidak hadir berseorangan. Beliau akan membawa rakan-rakan yang pernah berduet dan berkolaborasi dengannya sepanjang lebih dua dekad menjadi pelaku seni ke atas pentas.
“Dan sesuai dengan tema Malam Graduasi, konsert ini menjadi lebih ‘mewah’, meriah dan penuh dengan perayaan di antara Melly, rakan-rakannya dan peminat semua.
“Jadi kami percaya walaupun Melly kembali ke Malaysia hanya dalam tempoh setahun dan melakukan konsert ini akan sukses kerana ‘anak-anak didiknya’ perlukan malam graduasi,” kata Iman Tang.
Iman Tang juga memberitahu setiap peminat yang hadir perlu mengikut tema pakaian graduasi yang ditetapkan.
Bermula dari 1 Mac 2024 Jumaat – 11 pagi, tiket sudah mula dijual . Harga-harga tiket adalah seperti berikut:
- Sejarah RM 228
- Pendidikan Jasmani RM288
- Sains RM328
- Sastera RM428
- Matematik RM588