AMIR JAHARI RANGKUL ANUGERAH JUARA LAGU 38!

Tahniah buat Amir Jahari dengan lagu berjudul Hasrat dinobatkan sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 38

Sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu (AJL) bermatlamat untuk memartabatkan lagu terbaik pada setiap tahun. Muzik dan AJL sudah sebati sepanjang penganjurannya yang meraikan kepelbagaian genre muzik. 

Selain itu, AJL juga merupakan platform untuk pengkarya muzik Malaysia menyerlahkan bakat dan kreativiti mereka selain menjadi perantara menghubungkan peminat dengan penyanyi kegemaran mereka yang menyaksikan evolusi AJL selama 38 tahun.


AJL ialah acara tahunan gilang - gemilang yang dinanti-nantikan oleh peminat muzik! Tahun ini, AJL 38 bakal menjadi AJL paling ikonik yang sentiasa hangat diperbualkan hingga bila-bila masa. Ia akan membuatkan peminat tegar mengimbau kembali kegemilangan AJL dan terus meraikan bakat - bakat muda yang berkolaborasi dengan penyanyi ‘senior’. 

Tahun ini, AJL 38 mengetengahkan tema ‘MUZIKAVERSE’, gabungan dua perkataan iaitu MUZIK dan MULTIVERSE dimana kita menggabungkan dunia yang berbeza antara penyanyi, penulis lirik dan komposer dalam mencipta sebuah karya lagu yang baharu. 

Sebagai pembuka tirai persembahan yang sangat bertenaga dengan konsep ‘girl band’ yang menggandingkan dua vokalis iaitu Shila Amzah dan Vanessa Reynauld, dan julung kalinya persembahan pembukaan dengan lagu medley antarabangsa dan tempatan. 



Sissy Iman sebagai pemain keyboard dengan 3 pemain muzik muda yang berbakat besar iaitu Naimi Daini (drum), Tasneem Bolhasan (bass) dan Anis Kalisa (gitar). Interlude AJL38 pula dijayakan oleh 3 penyanyi hebat iaitu Datuk Zainal Abidin, Ella dan Dayang Nurfaizah. 

JUARA AJL 38

Amir Jahari merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu Hasrat di Axiata Arena, Bukit Jalil 

Dengan pengumuman tersebut, Amir Jahari memenangi trofi dan wang tunai RM100,000. Lagu ini juga adalah lagu OST bagi filem Imaginur dengan kemunculan Beto dan Diana Danielle dipenghujung persembahan.

Naib Juara AJL38 menjadi milik lagu Sutera- Aisha Retno. Membawa pulang trofi serta wang tunai RM50,000 dimana lagu ciptaan Aisha Retno & MFMF dan lirik oleh Aisha Retno sendiri.


Jangan Mati Rasa Itu nyanyian Aina Abdul dimenangi menerusi lagu ciptaan Aina Abdul sendiri. Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.

Pemenang trofi Vokal Terbaik membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM12,000 masih lagi diungguli oleh Aina Abdul

Aisha Retno dengan lagu Sutera mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000

Penyanyi Pilihan Alha Alfa membawa pulang RM12,000 dan trofi jatuh kepada Aina Abdul

Antara finalis yang turut bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu 38 adalah Kugiran Masdo, Ernie Zakrie, Wany Hasrita & Afieq Syazwan, Naqiu, Marsha Milah, Shiha Zhikir, Hael Husaini, Khai Bahar & Nabila Razali , Hasif Upin dan Ziana Zain.


Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!