Posts

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

Image
OSK Property teruja untuk mengumumkan perkongsiannya dengan PeopleUp, sebuah kumpulan hiburan dan permainan berbilang terkemuka yang ditubuhkan pada 2018 di Singapura. Melalui perkongsian ini mereka akan memperkenalkan jenama permainan serantau yang serba baharu kepada Galeri Beli-belah Atria di Petaling Jaya, menandakan pengembangan PERTAMA PeopleUp melangkaui Singapura. Hab hiburan terkenal ini akan memenuhi keperluan keluarga dan kanak-kanak, mewujudkan destinasi sehenti untuk keseronokan, pembelajaran dan pengalaman keluarga holistik. Majlis menandatangani perjanjian itu berlangsung di Atria Shopping Gallery dan perjanjian itu dilaksanakan antara OSK Property Investment, Pengurus Besar Pajakan Runcit Kumpulan Samantha Lew Pey Shin dan Ketua Pegawai Eksekutif PeopleUp Singapore Chris Tan Wei Quan. Acara itu disaksikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan OSK Ong Ju Xing dan Pengarah Urusan Pengurusan Greenwillow Capital Loh Wai Keong. PeopleUp telah berjaya meletakkan jejaknya...

MALAM AMAL KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2024/2025 DAN PELANCARAN KAD VETERAN DIGITAL

Image
YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM).  Beliau turut diiringi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM). Pada dasarnya, objektif utama Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 diadakan bagi menghormati jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi keamanan dan kedaulatan tanah air.  Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan orang tanggungan.  Sumbangan daripada tabung ini pasti akan digunakan untuk meringankan beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian peralatan pesakit khas yang tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM berdasarkan kepada isu kesihatan yang disahkan pega...

PELANCARAN SCENTS OF MALAYSIA 2024: MENGHARUMKAN INDUSTRI WANGIAN TEMPATAN

Image
Majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL).  Majlis yang dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan,  serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia. Scents of Malaysia 2024 dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi.  Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan daripada minyak aromaterapi, acara yang julung kali diadakan ini adala...

KONSERT DATO M.N45IR CIPTA 2, BERTEMAKAN DENIM?

Image
Terhad 6,000 Peminat Tegar & Repoirtaire Lagu Eksklusif Kesinambungan Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 Tanda Sifu Balas Raikan Cinta. Bukan Datuk M. Nasir jika cetakan karier dan sejarah kerjanya tidak meninggalkan kesan yang baik serta luar biasa. Umpama hujan baru turun dan basah bumi belum sempat mengering, begitulah larut perasaan para peminat sifu seni itu yang belum boleh move on dengan Konsert Dato M.N45ir Cipta. Masih ramai yang membicarakan betapa gah konsert yang dibawakan penganjur ICON Entertainment itu.  Tenaga M. Nasir, seleksi lagu-lagu serta barisan pemuzik dan pasukan yang menghidupkan Konsert Dato M.N45ir Cipta masih dibanggakan sebagai konsert terbaik di pertengahan tahun 2024. Dan ramai juga yang melahirkan dukacita kerana tidak dapat ikut meraikan pesta dari konsert yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, 10 Ogos lalu. ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif...

FIESTA BELIA MERDEKA 2024 BERSAMA HARI ROCK NEGARA MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTISME

Image
Fiesta Belia Merdeka 2024 akan berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 8 September 2024, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.  Acara ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan dan NGO belia termasuk International Youth Centre (IYC), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), KL Care, dan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP). Program ini bertujuan untuk memperkukuh semangat kemerdekaan di kalangan belia, sambil memupuk kepimpinan dan kesedaran sosial dalam kalangan generasi muda. Acara ini juga merupakan platform bagi belia untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka melalui pelbagai aktiviti dan program yang telah disusun sepanjang hari tersebut. Antara acara utama yang akan berlangsung termasuklah: ● Fitness Dance Marathon: Tarian kecergasan yang menggabungkan elemen seni dan kesihatan. ● Karnival Kerjaya oleh PERKESO: Peluang bagi belia untuk menjelajah pelbagai peluang kerjaya dan latihan. ● Bike Show - Belia Permotoran: Pameran kenderaan bermotor yang m...

WATSONS MALAYSIA INTRODUCES APP-RYTHING FOR YOU, APP-RYDAY CAMPAIGN IN CELEBRATION OF WATSONS MEMBERS CLUB ANNIVERSARY

 Watsons Malaysia is celebrating Watsons Club members this September with the 14th anniversary of Watsons Club. This year, Watsons is thrilled to introduce the "Watsons APP-RYTHING For You APP-RYDAY" campaign, where everything is available in your Watsons MY app. Watsons offers even more exclusive rewards and a once-in-a-lifetime opportunity for one lucky member to win a brand-new home by LBS.  “As Watsons Malaysia is the No. 1 Health & Beauty retailer, we aim to engage with our members nationwide. We are committed to leading and strengthening the country's loyalty programs by offering enhanced benefits and rewards. This year, we want our members to enjoy everything on the Watsons MY App, which has gone beyond just providing an online shopping experience, but a seamless loyalty and rewards program, and shopping choices beyond Watsons. For the third year, we are excited to partner once again with LBS to offer the grand prize of a new home at LBS Bayu Hills Residence in...

Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP Anjur Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara 2.0

Image
Fakulti Sains Kesihatan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP telah menganjurkan Persidangan Perubatan Tradisional Melayu Nusantara (PTMN) 2.0  yang berlansung selama dua hari bermula pada 24 Ogos 2024 di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (Kampus Batu Muda).  Persidangan ini bertujuan untuk menggalakkan integrasi amalan perubatan tradisional Melayu dengan perubatan moden dalam menangani cabaran-cabaran kesihatan semasa. Majlis perasmian persidangan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Goh Cheng Soon yang mewakili YB Menteri Kesihatan Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya, Dr. Goh Cheng Soon menyatakan bahawa cabaran utama yang dihadapi oleh pengamal perubatan tradisional Melayu adalah untuk memastikan kelestarian dan kerelevanan amalan tradisional ini di dalam era globalisasi yang serba canggih. Pengamal perubatan tradisional perlu dapat beradaptasi dengan perkembangan te...