MALAM AMAL KEMPEN TABUNG PAHLAWAN 2024/2025 DAN PELANCARAN KAD VETERAN DIGITAL
YABhg Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024/2025 bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau turut diiringi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pertahanan Malaysia dan Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM).
Pada dasarnya, objektif utama Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 diadakan 
bagi menghormati jasa dan pengorbanan wira-wira negara yang telah berjuang demi 
keamanan dan kedaulatan tanah air. 
Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah 
untuk mengumpul dana bagi menyokong program kebajikan veteran dan orang 
tanggungan. 
Sumbangan daripada tabung ini pasti akan digunakan untuk meringankan 
beban kewangan keluarga veteran termasuk pembelian peralatan pesakit khas yang 
tidak dapat dibekalkan oleh JHEV ATM berdasarkan kepada isu kesihatan yang 
disahkan pegawai perubatan. Selain itu, inisiatif ini juga dapat merangsang dan 
meningkatkan tahap patriotisme, sekaligus memupuk semangat menghargai jasa 
veteran di kalangan semua lapisan rakyat Malaysia. 
Melalui program KTP ini, 
masyarakat berpeluang menghayati sejarah perjuangan dan pengorbanan para 
pejuang negara terdahulu, khususnya dalam usaha mencapai kemerdekaan.
Pelbagai program dijalankan sempena Kempen Tabung Pahlawan antaranya 
Pertandingan Pancing, Larian, Pertandingan Golf dan Malam Amal. Pada tahun 2023, 
Kempen Tabung Pahlawan telah berjaya mengumpul lebih daripada RM1.3 juta melalui
pelbagai acara amal dan sumbangan. 
Dana ini telah digunakan untuk membantu lebih daripada 10,000 orang individu, 
termasuk anak yatim, warga emas, dan mereka yang kurang berkemampuan. Melalui 
Majlis Malam Amal tahun ini yang turut dirasmikan oleh Penaung, JHEV ATM
mensasarkan kutipan sebanyak RM3 juta bagi meneruskan agenda kebajikan Veteran 
ATM.
Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah menerima sumbangan korporat 
dari para penyumbang Tabung Pahlawan bagi tahun 2024. 
Penyumbang-penyumbang 
tersebut terdiri daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bousted 
Petroleum Marketing Sdn. Bhd. (BHPetrol), DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. 
Bhd. (DEFTECH), Pasukhas Development Sdn. Bhd., Rasumi Medipharma Sdn. Bhd., 
Bank Muamalat Malaysia Berhad, Affin Bank Berhad, Koperasi Tentera dan yang lain. 
Dalam pada itu, orang ramai juga berpeluang menzahirkan sokongan kepada kempen 
ini dengan cara menyumbang terus ke akaun Kempen Tabung Pahlawan menerusi 
akaun berikut: 
- Yayasan Veteran ATM (Malayan Banking Berhad – 5643 4262 2956) / (CIMB Islamic Bank Berhad – 8604 2715 71)
 - Tabung Rayuan Hari Pahlawan (Affin Islamic Bank Berhad – 1059 5000 3201).
 
Selari dengan tema Majlis Makan Malam Amal, Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025, 
 “Meraikan Bintang, Metamorfosis Ke Masa Hadapan”, 
JHEV ATM juga telah 
memperkenalkan penggunaan Kad Veteran Digital Veteran ATM. Inisiatif ini merupakan 
transformasi Kad Veteran ATM manual (kad plastik) kepada Kad Veteran Digital dengan 
pelbagai fungsi yang akan memberikan kebaikan dan faedah kepada keseluruhan 
warga veteran ATM. Kad tersebut akan dipaparkan dalam peranti mudah alih seperti 
telefon pintar dan tablet melalui aplikasi Veteran Integrated Benefit System (VIBES) 2.0. 
Penggunaan kad veteran digital ini akan memudahkan veteran untuk mengakses setiap 
perkhidmatan yang disediakan oleh JHEV ATM. Ianya akan mengurangkan 
kebergantungan kepada kad fizikal yang mungkin hilang atau rosak, selain dapat 
menguruskan maklumat veteran dengan lebih efisien. Intihanya, inisiatif ini membawa 
harapan dan kesejahteraan kepada veteran, menunjukkan bahawa mereka masih 
penting dalam struktur sosial dan ekonomi negara.








