2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR

MONSTA X akan kembali bertemu peminatnya di Malaysia selepas persembahan pertama mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018! MacpiePro teruja untuk menganjurkan konsert MONSTA X secara langsung di Malaysia buat kali kedua! Kali ini, MONSTA X akan memimpin konsert mereka sendiri dan MONBEBE sudah pasti tidak sabar menyaksikan persembahan idola mereka yang mantap, menghiburkan dan gempak. MONSTA X adalah kumpulan K-POP kedua yang bakal menguasai pentas di bawah pelan Crazy 20 MacpiePro tahun ini. Pengenalan artis : MONSTA X MONSTA X terdiri daripada tujuh ahli kumpulan iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M. Ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, kumpulan ini telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single. Kesemua album MONSTA X diterima baik oleh peminat mereka di seluruh dunia yang digelar sebagai ‘MONBEBE’. Kumpulan ini melancarkan EP pertama mer...