Westlife The Twenty Tour 2019 'LIVE' Di Malaysia


Selepas hampir dua dekad, Westlife kembali menemui peminatnya di Malaysia sejak konsert terakhir
mereka pada tahun 2000, East Meets Westlife Tour di Malaysia! MacpiePro dan Universal Music
Malaysia berbangga menjadi penganjur bagi konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 di Malaysia.

MacpiePro dan Universal Music Malaysia teruja untuk menganjurkan persembahan Westlife secara langsung di Malaysia dan kali ini persembahan mereka lebih hebat dan luar biasa!



Bagi anda yang membesar dengan menyanyi dan menari lagu popular Westlife seperti ‘Uptown Girl’, ‘Flying Without Wings’, ‘Swear It Again’ dan ‘If I Let You Go’, anda berpeluang menghidupkan semula kenangan yang berharga ini.

Hasil carian imej untuk westlife

Westlife terdiri daripada empat orang ahli iaitu Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily, dan Shane
Filan. Album Westlife pernah menjadi album terlaris pada abad ke-21 dan kumpulan ini pada asalnya ditandatangani oleh Simon Cowell di United Kingdom dan Clive Davis di Amerika Syarikat.

Imej yang berkaitan

Kumpulan ini bertambah popular dengan pelancaran ‘self-titled’ debut album studio, ‘Westlife
1999’. Sejak itu, mereka telah mengeluarkan 10 buah album studio dan single terbaru berjudul ‘Hello
My Love’ yang dilancarkan pada Januari 2019.

Mereka telah bekerjasama dengan ramai penyanyi yang berbakat besar bagi persembahan secara
langsung dan rakaman studio antaranya Mariah Carey, Lulu, Joanne Hindley dan Diana Ross.

Westlife telah berjaya mengukuhkan nama kumpulan mereka dalam industri nyanyian antarabangsa selama 20 tahun.

Westlife juga pernah memenangi 92 anugerah dan 20 pencalonan tambahan sepanjang bergiat aktif dalam bidang nyanyian termasuk kemenangan di Anugerah Brit, Anugerah Meteor, Anugerah Muzik Dunia dan Anugerah Muzik Eropah MTV.


Ternyata peminat Westlife tidak sabar menyaksikan persembahan secara langsung di jelajah terakhir
mereka iaitu ‘The Twenty Tour’ apabila 400,000 keping tiket terjual dalam masa 48 jam sahaja.
Konsert jelajah ini bakal menyaksikan Westlife mempersembahkan lagu terbaru dan kesemua 14
lagu hits UK No.1 mereka termasuk 'Swear It Again', 'Flying Without Wings', 'You Raise Me Up' dan 'I Lay My Love On You'.

Lebih mengujakan, konsert ini juga bakal menjadi persembahan pertama mereka sebagai satu
kumpulan sejak persembahan terakhir mereka di Croke Park, Dublin pada 23 Jun 2012.

Jelajah ini dinamakan ‘The Twenty Tour’ kerana Westlife meraikan kejayaan 14 buah lagu yang
menduduki tempat pertama dalam carta dan 20 tahun bersama sebagai Westlife!

Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia

Westlife akan menemui peminat mereka di Malaysia selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9
Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 8.30 malam.

Berikut adalah zon dan harga tiket bagi konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ di Malaysia:


  • ZON VIP - RM693 
  • ZON UNGU - RM373
  • ZON MERAH - RM573 
  • ZON HIJAU - RM273
  • ZON KUNING - RM483

Jadual Jualan Tiket Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ Di Malaysia :

Tiket Pra-Jualan 13 April 2019 11AM
Atria Shopping Gallery

Jualan Tiket Online Bermula 14 April 2019 dan seterusnya 12PM
Laman web rasmi MacpiePro dan Aplikasi MMspot
www.macpiepro.com

Untuk maklumat lanjut, layari platform media sosial MacpiePro dan Universal Music Malaysia :

Media sosial MacpiePro
Facebook: www.facebook.com/MacpiePro
Instagram: www.instagram.com/macpiepro

Media sosial Universal Music Malaysia
Facebook: www.facebook.com/UniversalMusicMY
Instagram: www.instagram.com/universalmusicmalaysia

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!