2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR
MONSTA X akan kembali bertemu peminatnya di Malaysia selepas persembahan pertama mereka di Festival Muzik K-WAVE 3 pada Ogos 2018!
MacpiePro teruja untuk menganjurkan konsert MONSTA X secara langsung di Malaysia buat kali kedua! Kali ini, MONSTA X akan memimpin konsert mereka sendiri dan MONBEBE sudah pasti tidak sabar menyaksikan persembahan idola mereka yang mantap, menghiburkan dan gempak. MONSTA X adalah kumpulan K-POP kedua yang bakal menguasai pentas di bawah pelan Crazy 20 MacpiePro tahun ini.
Pengenalan artis : MONSTA X

MONSTA X terdiri daripada tujuh ahli kumpulan iaitu Shownu, Wonho, Minhyuk, Kihyun, Hyungwon, Joohoney and I.M. Ditubuhkan oleh Starship Entertainment pada tahun 2015, kumpulan ini telah melancarkan empat buah album studio penuh, enam EP, satu album kompilasi, satu album video dan 16 single.
Kesemua album MONSTA X diterima baik oleh peminat mereka di seluruh dunia yang digelar sebagai ‘MONBEBE’.
Kumpulan ini melancarkan EP pertama mereka yang berjudul ‘Trespass’ pada Mei 2015 dan berjaya menduduki tangga kelima dalam Carta Gaon Korea. Sejak itu, MONSTA X telah menembusi carta antarabangsa apabila album studio Korea kedua mereka yang berjudul ‘Take.1 Are You There?' pula menduduki tangga ketujuh dalam Carta Album Dunia Billboard.
Baru-baru ini, MONSTA X bekerjasama dengan produser muzik, Steve Aoki bagi lagu berjudul ‘PLAY IT COOL’ dari album studio Korea ketiga mereka, ‘Take. 2 We Are Here’ yang turut dibantu oleh pemuzik elektro.

Mereka telah memenangi 23 anugerah dalam pelbagai majlis anugerah seperti Anugerah
Artis Asia, Anugerah Muzik Seoul, Anugerah Muzik Korea Popular dan lain-lain. MONSTA X
juga telah memenangi tujuh anugerah daripada program muzik seperti ‘The Show’, ‘Show
Champion’, ‘M Countdown’ dan ‘Music Bank’.
Malaysia pada 22 Jun 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.
Jadual Pembelian Tiket & HITS DEAL
HITS Deal
13 April – 19 April 2019
10am - Kedai gaya hidup digital Mcalls & laman web rasmi Mcalls
https://mcalls.asia
Jualan Tiket Offline
20 April – 21 April 2019
12pm - Kedai gaya hidup digital Mcalls
Jualan Tiket Online
Bermula 22 April 2019 dan seterusnya
12pm - Laman web rasmi MacpiePro & aplikasi MMspot
www.macpiepro.com
Kedai gaya hidup digital Mcalls terletak di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley
Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall Johor Bahru dan Pusat
Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Tiket konsert dijual pada harga:
- RM273 (Zon Hijau),
- RM373 (Zon Ungu),
- RM483 (Zon Kuning),
- RM573 (Zon Merah),
- RM593 (Zon MONBEBE)
- RM693 (Zon MONBEBE Pakej VIP).
berpeluang mendapatkan poster yang ditandatangani oleh MONSTA X.
Manakala bagi yang membeli tiket di portal tiket rasmi kami pada minggu pertama jualan,
anda berpeluang memenangi ‘Send-off Pass’ menerusi cabutan bertuah.
Mcalls Penaja Titanium 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA
LUMPUR
Dengan misi korporat MacpiePro untuk meningkatkan semangat “STRESS-FREE-MUSIC”
dalam kalangan pencinta muzik, MacpiePro bekerjasama lagi dengan Mcalls untuk menyediakan kejutan ‘HITS’ khas buat pencinta muzik.
Kolaborasi strategik ini membolehkan pencinta muzik menikmati diskaun 30% dari harga tiket apabila mereka melanggan Mcalls HITS Plan.
HITS Plan memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli dua tiket 2019 MONSTA X WORLD TOUR ‘WE ARE HERE’ IN KUALA LUMPUR dengan harga diskaun. Jangan lepaskan peluang untuk membeli dua tiket pertama dengan diskaun 30%.
Manakala bagi pembelian dua lagi tiket tambahan, peminat boleh mendapatkan diskaun
sebanyak 10% (sama ada Zon Merah RM573 atau Zon MONBEBE RM593).
Mcalls Fans sedia ada pula boleh menaik taraf kepada HITS Plan dan menikmati tawaran hebat HITS Deal.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara melanggan Mcalls HITS Plan, sila layari laman web
Mcalls https://mcalls.asia atau hubungi khidmat pelanggan Mcalls di 03-277882233
(Isnin - Jumaat dari 9AM hingga 6PM).