‘HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ DIBATALKAN.
Syarikat hiburan bebas paling berpengaruh tanah air, Rocketfuel Entertainment sekali lagi dengan rendah hatinya ingin mengumumkan bahawa konsert sulung penyanyi-penggubah lagu popular tanah air ‘ HAEL HUSAINI LIVE IN KL’ yang diwar-warkan ditunda ke tarikh baharu iaitu pada 19 Februari 2023, jam 8:30 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan. Dalam sebuah petikan yang diambil, wakil dari pihak Rocketfuel Entertainment menjelaskan, “Terlebih dahulu, kami memohon maaf sekali lagi kepada semua bagi pihak pengurusan di atas pembatalan konsert ‘ HAEL HUSAINI LIVE IN KL ’ ini sekaligus. Keputusan untuk membatalkan konsert ini terpaksa dilakukan atas beberapa faktor dan yang paling utamanya adalah faktor kesihatan Hael yang tidak dapat dielakkan setelah mendapat nasihat daripada doktor. “Saya faham perasaan gusar yang bakal dirasai para pembeli tiket yang sudah pun membeli tiket konsert, saya memberi jaminan bahawa setiap pembeli akan diberikan ‘refund’ yang penuh. “Seb...