Al-Ikhsan Ada Jualan Harga Borong!?

Untuk tahun ini, Al-Ikhsan Sports telah mengadakan semula Jualan Harga Borong dari 12- 18 Disember 2022 di The Paddock, Petaling Jaya. Dengan lebih daripada 10,000 kasut sukan yang bakal ada untuk dipilih dan dibeli.

Al-Ikhsan Sports menawarkan diskaun sehingga 80% kepada pelanggan yang datang selama tujuh hari kempen jualan murah itu!

Selain daripada beberapa tawaran hebat yang sedia ada, 50 pencinta sukan terawal yang datang pada hari pelancaran jualan akan menerima baucer bernilai RM50 dari Al-Ikhsan Sports.

“Al-Ikhsan Sports mengalu-alukan pelanggan kami ke The Paddock untuk pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan diskaun sehingga 80%. Lebih 10,000 barangan daripada dua jenama terkenal iaitu ASICS dan New Balance. 

Sebagai peruncit sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports sentiasa memastikan pelanggan kami menikmati harga yang terbaik. 

Sebagai contoh, anda boleh mendapatkan kasut larian kegemaran anda dengan harga lebih dari RM700-800 di tempat lain tetapi di Al-Ikhsan Sports, anda boleh dapatkannya dengan harga kurang dari RM200! 

Inilah kelebihan yang kami tawarkan kepada setiap pencinta sukan di Malaysia sejak 30 tahun yang lalu”

-Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.

Jualan Harga Borong pada tahun ini membawakan banyak pilihan kasut larian daripada ASICS dan juga New Balance

Al-Ikhsan Sports juga bakal membuka lagi cawangan baharu di beberapa lokasi terpilih untuk memberi kesenangan kepada orang ramai yang ingin mendapatkan produk barangan sukan dengan lebih mudah. 

Kini jadi sukan mampu milik dan kini mempunyai 170 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia. Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman sesawangnya.




Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!