Posts

Showing posts from February, 2023

QEWCOMM -10TH ANNIVERSARY GALA NIGHT x CHARITY CONCERT, BEST!

Image
Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal. Konsert yang diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”. Anjuran ini bersempena dengan 10tahun penubuhan QewComm. Konsert ini juga diadakan bersempena untuk mengumpul dana dan bakal diserahkan kepada badan kebajikan yang terpilih. Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam. Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih. Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan. Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwa...

‘SOUNDCIRCUS WEEKENDER’ KINI SELAMA 2-HARI!

Image
Peneraju pertunjukan ‘lifestyle’ alternatif dan juga indie, Art of Speed Malaysia (AOSM) bersama pengeluar produk peranti elektronik BRO ASIA , berganding bahu buat pertama kalinya bagi menganjurkan festival muzik yang ditunggu-tunggu saban tahun dengan menghimpunkan nama-nama besar pengkarya muzik tempatan dan luar, ‘ SoundCircus Weekender ’ bakal berlangsung pada 4 dan 5 Mac 2023 ini bermula jam 10:00 pagi sehingga lewat bertempat di hab komuniti dan budaya terkenal, REXKL . “Istimewanya acara SoundCircus Weekender pada tahun ini, selain mengambil tempat di bangunan pawagam lama yang diberi nafas baharu iaitu REXKL, yang berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur, ia juga diadakan secara ‘stand-alone’ tanpa acara tahunan AOSM yang biasanya diadakan di MAEPS, Serdang,” jelas Encik Asep Ahmad Iskandar , yang merupakan Pengarah Festival , Art of Speed Malaysia & SoundCircus . Bermula pada tahun 2017, SoundCircus merupakan sebuah ‘gig’ kecil yang bertujuan menyediakan ‘platfor...

MY #QURANTIME 2.0: PENGEMBARAAN BERSAMA AL-QURAN MENERUSI TV9

Image
TV9 membawakan My #QuranTime 2.0 (MQT) khas buat penonton untuk meneroka isi kandungan Al-Quran dan mengenali kitab suci bagi umat Islam dengan lebih mendalam. MQT 2.0 merupakan program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) dan didanai oleh penginfak dan pewakaf melalui Tabung Gerakan Al-Quran. MQT 2.0 telah pun bersiaran bermula dari 5 Februari 2023 dan episod yang berikutnya disiarkan setiap hari pada pukul 12.00 tengahari . Program berdurasi satu jam ini akan bersiaran sebanyak 2,114 episod pada tahun ini dengan memaparkan empat segmen iaitu bacaan surah, kisah di sebalik surah, tajwid dan tadabbur. MQT 2.0 menampilkan ustaz dan qari yang terkenal seperti Tuan Haji Fazrul Ismail sebagai pentadabbur, Ustaz Tarmizi Haji Ali sebagai Qari, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman dan Azlina Mohamed Isa.  Pada mulanya, program ini diperkenalkan untuk mengisi dan meningkatkan semangat rakyat yang tertekan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dua tahun yang lalu melibatkan sesetengah keluarga...

TERUS HIDUP Dinobat Sebagai Juara Lagu Di AJL 37

Image
  DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI ALUNAN MUZIK MALAYSIA Jutaan tahniah kepada Aina Abdul selaku komposer, penulis lirik dan penyanyi lagu TERUS HIDUP yang berjaya merangkul gelaran Juara Lagu di acara tahunan berprestij anjuran TV3, Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah trofi. Aina Abdul turut memenangi kategori Vokal Terbaik yang menerima RM 12,000 dan sebuah trofi.  AJL 37 meraikan SATU MALAM DI TEMASEK nyanyian Sona One & Joe Flizzow sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM 50, 000 bersama  trofi. Tempat ketiga menjadi milik lagu ANUGERAH TERINDAH nyanyian oleh Alif Satar & The Locos dengan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, kategori Persembahan Terbaik yang juga membuka undian atas talian di www.tonton.com.my/ajl37 meraikan lagu IRAMA nyanyian Shiha Zikir sebagai pemenang dan beliau menerima RM12, 000 dan trofi. Alha Alfa Cosmetics juga meraikan Penyanyi Pili...

Pre-order your Samsung Galaxy S23 Series Today

Image
The new era of Galaxy innovation is finally here! We know you can’t wait to own one of these revolutionary devices, so pre-order your Galaxy S23 series  starting 2-23 February 2023. Get your hands on the Galaxy S23 and Galaxy S23+ from RM3,899, and  the Galaxy S23 Ultra from RM5,699. Samsung Malaysia is thrilled to reward its customers who pre-order now with exclusive gifts! Purchase any of the Galaxy S23 models and enjoy an upgrade of Double Storage for the same price worth up to RM500. As part of the Eco-Promotions, get up to 30% off purchase-with-purchase on selected Samsung Accessories, Galaxy Tablets, Galaxy Watch, Galaxy Buds Series and Samsung Care+. You can also trade-in your device and receive an additional rebate up to RM600. Those who pre-order at Samsung Malaysia’s official website will get a RM400 e-voucher.  Those who pre-order at Samsung Experience Stores and Samsung Authorised Partners on the other hand can get  Samsung Accessories worth up to RM458....

EMPAT DUO FINALIS MEREBUT RM100,000 DI PENTAS FINALE FAMILI DUO

Image
Selepas tujuh minggu bertanding di konsert mingguan Famili Duo, empat pasangan keluarga telah berjaya melangkah ke pentas akhir yang akan berlangsung pada 5 Februari tidak lama lagi. Tahniah diucapkan buat duo yang akan bertanding di konsert finale iaitu pasangan adik beradik Ayda Jebat dan Fyna Jebat, pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah, pasangan sepupu Naim Daniel dan Sissy Imann serta pasangan sepupu Bella Astillah dan Wani Kayrie.  Pasangan yang lebih mesra disapa sebagai The Jebats oleh peminat mereka telah berjaya menggenggam gelaran juara mingguan dan markah undian penuh oleh juri Mas Idayu buat kali kedua dengan pembawaan lagu Rolling In The Deep oleh penyanyi asal Adele. Persembahan yang disusun semula dengan genre rock dan mengolah inspirasi daripada Negara Terbit Matahari di tema ‘Legenda / Idola’’ ini sekaligus membawa pasangan adik beradik ini ke tangga tertinggi di carta keseluruhan dengan jumlah terkumpul sebanyak 435.9 markah.  Apabila ditemu...