I LOVE YOU, MR CLOWN MENGUSIK TAWA DI SLOT LESTARY

Pertemuan pertama Nisa dan Fariz yang bertopengkan badut di sebuah pusat membeli belah telah membawa kepada pertemuan yang lain. Oleh kerana satu insiden juga hidup Nisa dan Fariz terpalit dengan bibit cinta yang rumit. Mampukah wajah di sebalik seragam badut itu mencuri hatinya? Saksikan drama terbaharu I Love You, Mr Clown yang penuh bibit romantik dan lucu di slot Lestary TV3 yang sudah mula bersiaran pada 27 Januari 2023, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my 


I Love You, Mr Clown adalah hasil terbitan Arie Zahari Production dan diarahkan oleh Amie Maziah berdasarkan hasil nukilan skrip Jue Kassim dan Ramlah Rashid. Drama bersiri 13 episod ini menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Nabil Aqil, Yuna Rahim, Eizlan Yusof, Farisha Irwayu, Natasha Elyzza dan Alif Hadi.  


Fariz (Nabil Aqil) bekerja sambilan sebagai seorang badut program amal yang menghiburkan pengunjung pusat membeli belah bagi mengutip dana persatuan kanak-kanak kanser. Nisa (Yuna Rahim) pula seorang gadis yang telah menamatkan pengajian selama 6 bulan dan mula berasa resah apabila semua temuduga yang dihadirinya gagal mendapatkannya kerja tetap di mana-mana syarikat. Nisa ingin berdikari dan mencari kerja di luar perniagaan keluarganya tapi masih tidak berjaya.


Keresahan Nisa bertambah apabila fobianya terhadap badut semakin teruk. Ia telah mengganggu tidurnya selepas dikejar badut di sebuah pusat membeli belah. Tambahan pula, bapa Nisa mempunyai musuh yang hendak membalas dendam kepada bapanya menerusi Nisa. Walau pelbagai insiden terjadi, ada seorang badut yang sering ada di tempat kejadian untuk menyelamatkan Nisa. Siapakah gerangan orang tersebut? 


Dapatkah Nisa dan Fariz lari dari insiden yang menghantui mereka ini? Bolehkah Nisa melepaskan dirinya daripada ketakutan akan badut itu dan teruskan hidupnya seperti biasa? Jangan lupa saksikan I Love You, Mr Clown pada setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!