QEWCOMM -10TH ANNIVERSARY GALA NIGHT x CHARITY CONCERT, BEST!
Qew Communications Sdn. Bhd (QewComm) bakal menganjurkan satu konsert amal. Konsert yang diberi nama “Qew Communications Sdn Bhd 10 Years Anniversary Gala Night X Charity Concert”.
Anjuran ini bersempena dengan 10tahun penubuhan QewComm. Konsert ini juga diadakan bersempena untuk mengumpul dana dan bakal diserahkan kepada badan kebajikan yang terpilih.
Konsert gilang gemilang ini bakal diadakan di The Westin Hotel pada 17 Mac 2023 bermula pada jam 8 malam sehingga 11 malam.
Konsert ini bertujuan untuk mengumpulkan dana yang bakal disalurkan kepada badan kebajikan yang telah dipilih.
Antara badan kebajikan tersebut seperti Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Pertubuhan Kebajikan Niq Ehsan Malaysia (PKNEM), dan Persatuan Karyawan Malaysia (Solidariti for Iskandar Spring) atau lebih dikenali sebagai Karyawan.
Setiap badan kebajikan yang dipilih ini mempunyai satu agenda yang sama iaitu membantu golongan yang memerlukan, kata Datin Nor Rahizahwati.
Selain itu, QewComm juga menjanjikan gandingan artis yang mantap pada malam konsert tersebut.
Antara artis undangan yang dijemput adalah Dato Khadijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Dato Awie, Dayang Nurfaizah, dan Ella.
Datin Nor Rahizahwati berkata, pasti ramai yang merindui gandingan Dato Khadijah dan Datuk Ramli Sarip untuk disatukan semula di atas satu pentas berprestij ini.
Di samping itu, terdapat juga pemuzik yang mewakili ‘Solidariti for Iskandar Spring’ iaitu Syafiq Farhain, Ameng Spring, Umarul Iklim, dan Belle Fatah.
Mereka Semua akan diiringi oleh pemuzik professional tanahair iaitu Ritz Metalasia, Helmi, Ude Wahid, Ujang Exist, Robot dan lain-lain.
Ada juga YB Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim) dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Kewangan II).