KONSERT DATO JAMAL ABDILLAH SANDARKAN PADA KENANGAN MENCARI AZURA BAKAL BERLANGSUNG PADA FEBRUARI 2025

Ribuan persembahan berskala besar dan kecil s udah dijayakan sejak lebih 4o tahun bergelar penghibur bukan alasan untuk Dato Jamal Abdillah berhenti beraksi di atas panggung. Sebaliknya setiap pengalaman yang diperoleh lewat semua persembahan yang pernah dipersembahkan sentiasa diambil lalu disatukan untuk sebuah lagi pertunjukan yang penuh bertenaga dan semakin matang. Maka bukan satu 'dosa' apabila penghibur berusia 65 tahun tersebut bakal muncul dengan Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura. Konsert Dato Jamal Abdillah Sandarkkan Pada Kenangan Mencari Azura yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Februari 2o25 dianjurkan bersama oleh Live Injection dan NJ Resources. la akan menjadi konsert solo perdana Jamal Abdillah pada tahun 2o25 sekaligus membuktikan kewujudannya dalam belantika muzik masih relevan dan sentiasa dilihat mampu menawan hati peminat. Membawa nama yang cukup ikonik di bawah 'bendera' konsert kali ini iaitu j...