KERANA IRI, CINTA TERCALAR? CALAR CINTA DI SLOT SAMARINDA TERBAHARU TV3

Saat cinta, iri dan kebencian saling bertarung, siapa yang akan menguasai jiwa?” Calar Cinta, sebuah kisah tentang persahabatan yang dirobek oleh keegoan melalui cinta segitiga yang penuh liku dan kejutan, berperang dengan hasad dengki dan dendam yang bersarang di dalam diri.  Peminat drama di slot Samarinda TV3, persiapkanlah diri untuk terbawa dalam pusaran emosi yang rumit dalam drama terbaharu, Calar Cinta.

Drama bersiri 15 episod ini menampilkan barisan pelakon muda yang meningkat naik seperti Nafiz Muaz, Harissa Adlynn, Qistina Khaled, Sham Visa dan ramai lagi. Jangan terlepas untuk menyaksikan drama arahan Azhar Khalid (Apache) dan skrip oleh Amaz Mazilan di bawah  produksi Million Pictures ini bermula pada 9 Oktober 20, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.



Calar Cinta mengisahkan tentang Adrea (Harissa Adlynn), seorang gadis manja dan materialistik, yang hidupnya dilimpahi dengan kemewahan,  terjebak dalam permainan cintanya sendiri.  Beliau merupakan anak tunggal daripada keluarga yang kaya, keinginannya untuk selalu menang membuatnya terjebak dalam permainan cinta yang berisiko. Dendam dan rasa iri hati membuatnya melakukan segala cara untuk mendapatkan cinta Haris (Nafiz Muaz), walaupun terpaksa menyakiti hati rakan sendiri, iaitu Inara (Qistina Khaled).  Cinta segitiga antara Adrea, Haris, dan Inara penuh dengan lika-liku dan kejutan yang tak terduga.  

Setiap keinginan Adrea sentiasa dapat dipenuhi, dan dia tidak boleh melihat orang lain lebih daripadanya. Namun, takdir menemukan Adrea dengan dua sahabat baru Inara dan Haris. Inara, seorang kawan yang ikhlas, diam-diam menyimpan cinta pada Haris. Adrea bergelut dengan sifat iri hati dan selalu berusaha untuk mengatasi sahabat baiknya, Inara dengan mendapatkan cinta Haris.

Haris, yang benar-benar cintakan Adrea, rela melakukan apa sahaja. Namun, perkahwinan mereka yang akhirnya terbina atas dasar iri hati, bukan cinta, membawa padah. Tahun-tahun berlalu, dan Adrea semakin tidak berpuas hati dengan Haris yang tidak setanding dengannya. Sikap Adrea yang ego dan penuh hasad menyebabkan Haris tidak tahan lagi dan akhirnya menceraikan Adrea. Tetapi, ini bukanlah pengakhiran.

Haris dan Inara kembali rapat, dan harapan Inara untuk cinta yang selama ini terpendam mungkin akan bersinar. Namun, Adrea tidak pernah mahu mengalah.  Dendam dan rasa iri hati masih menyelimuti hatinya. Adrea mula mempermainkan hati Haris sekali lagi, bukan kerana cinta, tetapi kerana dengki yang membara.  Dia menggunakan wang, kuasa, dan anak mereka, Iris, untuk menarik kembali Haris ke dalam permainannya.

Di satu sudut lain, Dr. Zarif hadir dengan harapan untuk memiliki hati Inara. Siapakah yang akan dipilih oleh Inara? Adakah cinta sejatinya bersama Haris atau Dr. Zarif? Dan adakah Adrea akan membiarkan kebahagiaan itu tercapai? Adakah Adrea sanggup melakukan apa saja termasuk memanipulasi keadaan demi mendapatkan kembali suaminya?

Saksikan kisah haru biru Adrea, Haris, dan Inara dalam drama terbaru TV3, Calar Cinta menerusi slot Samarinda mulai 9 Oktober 2024, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton.  Saksikan, adakah Haris akan memilih cinta sejatinya atau terjebak dalam permainan cemburu yang dicipta oleh Adrea. Adakah Adrea mendapatkan kebahagiaan yang diinginkannya? 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.  TV3 dan strim episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton melalui www.tonton.com.my.  Anda juga boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!