Posts

Showing posts from January, 2025

TONTON MEMBUKA TIRAI 2025 DENGAN DUA ANIME WAJIB TONTON!

Image
Peminat anime, masa untuk bersedia! Tonton dengan bangganya mempersembahkan dua anime hebat yang bakal ditayangkan serentak dengan Jepun pada Januari ini. Dua judul blockbuster yang dinanti-nantikan ialah Solo Leveling Musim 2 -Arise from the Shadow- dan The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You (Musim 2). Kedua-dua anime ini dijangka mencuri perhatian ramai dengan gabungan cerita yang mendebarkan, aksi penuh intensiti dan elemen komedi romantis yang mencuit hati. Tayangan serentak ini memastikan pengguna di Tonton dapat menikmati pengalaman menonton tanpa perlu menunggu, seiring dengan peminat di Jepun! Solo Leveling musim baharu akan membawa penonton ke dunia penuh cabaran, mengikuti perjalanan epik Sung Jinwoo dalam mengatasi musuh dan menguasai kekuatannya. Sementara itu, The 100 Girlfriends Who Really, Really, Really, Really, Really Love You (Musim 2) menyajikan kekecohan lucu dan keseronokan apabila Rentaro Aijo cuba mengimbangi hubungan dengan s...

ALYA MARDIEN TERSINGKIR DI EPISOD 4 CSOIAM, ADAKAH INI PENGHUJUNG ATAU PERMULAAN BAHARU?

Image
Pentas Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) minggu keempat mengejutkan ramai apabila Alya Mardien, antara peserta yang sering memukau penonton, terpaksa meninggalkan pertandingan. Walaupun memberikan persembahan penuh emosi, keputusan undian tidak memihak kepadanya, membuatkan ramai peminat tergamam. Adakah ini bermakna perjalanan Alya berakhir di sini, atau sebenarnya ini langkah pertama menuju sesuatu yang lebih besar? Alya mengakui dirinya sudah memberikan yang terbaik dalam persembahan terakhirnya. Baginya, setiap langkah yang diatur adalah sebahagian daripada perancangan yang lebih besar. "Tuhan adalah perancang terbaik," katanya. Walaupun tidak menjangka tersingkir, Alya tetap menerima keputusan ini dengan hati terbuka, percaya bahawa apa yang berlaku mungkin membuka peluang lain yang lebih baik di masa hadapan. Kritikan Cakra Khan tentang perlunya lebih penjiwaan dalam persembahan tidak dipandang negatif oleh Alya. Sebaliknya, dia melihat komen itu sebagai nasihat b...

TWINCITY MARATHON 2025: SEDEKAD MELAKAR SENYUMAN

Image
Twincity Marathon edisi ke-10 melabuhkan tirai dengan penuh kejayaan, mencatat penyertaan lebih 13,000 pelari dari dalam dan luar negara. Acara ini turut memberi penghormatan kepada Cyberview Sdn Bhd , yang telah menjadi pencetus inspirasi kepada penganjuran Twincity Marathon sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014. Dengan kategori larian 42km, 21km, 12km, dan 5km , Twincity Marathon 2025 mencatat jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarahnya, mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai acara larian yang paling dinantikan di Malaysia. Sejak sedekad lalu, Twincity Marathon telah menarik lebih 50,000 penyertaan, menjadi platform yang menyatukan komuniti larian dan memupuk gaya hidup sihat. Edisi kali ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Perbandaran Sepang, Perbadanan Putrajaya, dan Avisena Specialist Hospital, Shah Alam selaku Rakan Kesihatan Rasmi . Dalam pada itu, Putrajaya Sport Tourism Expo (STEX) , yang berlangsung pada 10 dan 11 Januari, berjaya menarik lebih 20,000 pen...

TV3 TAMPIL DENGAN SERUAN AZAN VERSI BAHARU, SIMBOL TRANSFORMASI 2025

Image
Pada hari ini, seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menerusi pendekatan yang lebih segar dan inovatif, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Azan baharu yang dibawakan dengan keindahan suara syahdu dan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini dijadualkan membuat kemunculan sulungnya pada 15 Januari 2025 . Pelancaran ini disempurnakan menerusi program baharu yang dibawakan oleh TV3 serta TV9 dan Tonton iaitu Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman . Program ini hadir dalam bentuk 4 siri istimewa yang bertujuan memberikan inspirasi serta pengisian rohani kepada penonton. Siri ini akan menampilkan tokoh agama terkemuka bersama tetamu jemputan yang berkongsi hikmah, pandangan dan pengalaman mereka terhadap topik-topik yang ditampilkan. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan siri yang seterusnya ...

Majlis Spread The Love

Image
Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas merupakan sebuah organisasi kemanusiaan yang komited untuk membantu komuniti dalam segala aspek telah menjalankan sebuah majlis sederhana untuk memberi sumbangan terbesar berjumlah RM 101,000 sebagai penutup tahun 2024. Sumbangan ini telah diberikan kepada tiga badan pertubuhan iaitu NASOM (National Autism Society of Malaysia), Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban dan International Financial Economy Foundation. Menurut pengerusi Pertubuhan Amal Cahaya Ikhlas iaitu penerbit filem terkenal Malaysia Mr. David Teo, “sumbangan ini merupakan salah satu bukti inisiatif kepada visi pertubuhan ini yang membawa harapan baru pada mereka yang memerlukan. Kami percaya kepada kuasa memberi dan impak positif yang boleh diwujudkan terhadap individu, keluarga, dan komuniti. Kami berbesar hati untuk menyokong organisasi yang seiring dengan misi kami untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua.” Mr. David Teo turut menjelaskan setiap badan yang dipilih untuk diberi s...