TV3 TAMPIL DENGAN SERUAN AZAN VERSI BAHARU, SIMBOL TRANSFORMASI 2025

Pada hari ini, seruan azan di TV3 yang telah sekian lama menjadi panduan harian umat Islam, diperkenalkan dalam versi baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) menerusi pendekatan yang lebih segar dan inovatif, termasuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI). Azan baharu yang dibawakan dengan keindahan suara syahdu dan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini dijadualkan membuat kemunculan sulungnya pada 15 Januari 2025.


Pelancaran ini disempurnakan menerusi program baharu yang dibawakan oleh TV3 serta TV9 dan Tonton iaitu Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman. Program ini hadir dalam bentuk 4 siri istimewa yang bertujuan memberikan inspirasi serta pengisian rohani kepada penonton. Siri ini akan menampilkan tokoh agama terkemuka bersama tetamu jemputan yang berkongsi hikmah, pandangan dan pengalaman mereka terhadap topik-topik yang ditampilkan. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan siri yang seterusnya di secara langsung di platform TikTok TV3.


Siri pertama program yang berlangsung hari ini di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, mengangkat tema ‘Azan’ sebagai fokus utama. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Ruzmi Kamarudin, Ketua Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Puan Aemizureen Kamarudin, Chief Business Development, Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., serta Ustaz Khairul Anuar Basri, yang tampil sebagai panelis jemputan.


Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman yang dihoskan oleh Fedtri Yahya dan Hj. Ahmad Noor Sulaiman membawakan perbincangan yang penuh ilmu dan mendalam. Panel jemputan yang berwibawa Ustaz Adnin Roslan dan Ustaz Khairul Anuar Basri, turut mengupas topik yang menyentuh hati mengenai nilai dan penghayatan azan dalam kehidupan umat Islam. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Child From The East yang menambahkan keceriaan serta mencipta kenangan manis dalam setiap detik perjalanan siri pertama ini.


Menurut Encik Ruzmi Kamaruddin selaku Ketua Jabatan, Jabatan Pengisian Islam, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami percaya bahawa azan ialah lambang perpaduan dan penghubung rohani bagi umat Islam di seluruh dunia. Pembaharuan ini bukan sekadar memberi sentuhan segar daripada segi visual dan audio, tetapi juga mencerminkan penghormatan kami terhadap tradisi suci yang tidak pernah pudar nilainya. Azan baharu ini diharap menjadi pemangkin kepada pengalaman baharu yang lebih bermakna untuk penonton, sambil memperluas mesej keagamaan melalui platform digital dan televisyen sebagai medium skrin kedua.”


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri istimewa, Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman yang seterusnya secara langsung di platform TikTok TV3. Untuk info terkini dan kandungan menarik, layari laman sosial rasmi TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia, serta TV9 di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk lebih banyak lagi kandungan eksklusif dan menarik!


Popular posts from this blog

OSK PROPERTY BEKERJASAMA DENGAN PEOPLEUP SINGAPURA YANG BERKONSEPKAN HIBURAN KELUARGA PERTAMA DI ATRIA SHOPPING GALLERY

UNLEASHING CREATIVITY AND POWER WITH THE NEW HUAWEI MATEPAD 11.5”S PAPERMATTE EDITION AND HUAWEI MATEBOOK 14

PRA PELANCARAN GV RIDE PERKHIDMATAN E-HAILING TERBAHARU!